"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guru tadika dipukul suami kerana cemburu

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my

Ampang Jaya: Guru tadika cedera di leher dibelasah suaminya selepas menuduh wanita itu berlalu curang di kediaman mereka di Jalan Ampang Mewah, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mangsa berusia 38 tahun membuat laporan polis pada jam 10.30 malam berlaku perselisihan faham dengan suami, 45, tahun bekerja sebagai mekanik.

Menurutnya, suaminya ketika itu dalam keadaan mabuk menuduh mangsa mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

"Suspek kemudiannya bertindak memukul mangsa di bahagian belakang badan dan menendangnya.

"Semasa kejadian, suspek juga ada mengacukan pisau ke arah isterinya dan perkara ini telah disaksikan oleh anak mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, hasil pemeriksaan pegawai perubatan mendapati pengadu mengalami kecederaan tisu di bahagian leher.

"Susulan itu, suspek ditahan jam 10.30 malam semalam di Jalan Ampang Mewah

"Saringan ujian air kencing dapati suspek adalah negatif daripada sebarang penyalahgunaan dadah dan tidak mempunyai rekod lampau," katanya.

Beliau berkata, suspek direman tiga hari bermula hari ini hingga 17 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: