"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

49 lelaki ditahan kerana penderaan seksual terhadap remaja

AFP

Bengaluru, India: Empat puluh sembilan lelaki ditangkap di India kerana penderaan seksual berulang kali terhadap seorang remaja selama bertahun-tahun, polis memberitahu AFP pada Rabu.

Mangsa muda itu adalah daripada komuniti Dalit. Ia berada pada anak tangga paling rendah dalam sistem kasta Hindu.

Wanita yang tidak dinamakan itu, kini berusia 18 tahun, berkata, kira-kira 60 lelaki menderanya secara seksual di negeri asalnya di selatan Kerala, bermula ketika dia baru berusia 13 tahun.

"Empat puluh sembilan orang ditahan," kata pegawai polis daerah Pathanamthitta, Nandakumar S kepada AFP.

Tertuduh dikenali wanita itu dan mereka termasuk jiran dan rakan keluarga.

Rajeev N, seorang peguam yang mengetuai jawatankuasa kebajikan kanak-kanak tempatan, memberitahu AFP bahawa ibu bapa wanita itu "menyedari mimpi ngeri anak perempuan mereka."

"Kanak-kanak itu dijauhkan daripada media dan hanya polis yang melawatnya untuk merekodkan kenyataannya," tambahnya.

Akhbar Indian Express melaporkan minggu ini bahawa salah seorang lelaki tertuduh memeras ugut wanita itu dengan video yang dirakamnya ketika mereka mempunyai "hubungan fizikal."

Selepas ugutan itu, ramai rakannya menyerangnya secara seksual.

Siasatan polis seterusnya mendapati dia dirogol beramai-ramai sekurang-kurangnya lima kali, termasuk sekali di hospital tempatan.

Purata hampir 90 rogol sehari dilaporkan pada 2022 di India, negara yang mempunyai 1.4 bilion penduduk.
-hmetro 

Tiada ulasan: