"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis gemoy dan boroi tidak akan dinaikkan pangkat

'BMI bawah 28 antara syarat baru untuk polis naik pangkat' - KPN

Austin Camoens
austin@nst.com.my

KUALA LUMPUR: Anggota polis kini perlu memenuhi syarat mempunyai indeks jisim badan (BMI) kurang daripada 28 untuk menikmati kenaikan pangkat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata syarat BMI itu adalah di antara kriteria yang ditambah bagi memastikan proses kenaikan pangkat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadi lebih ketat.

"Inisiatif ini penting untuk memastikan kesihatan dan kemahiran anggota polis, sekali gus meningkatkan keupayaan mereka untuk menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara," katanya dalam ucapan pada perhimpunan bulanan PDRM hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain
Razarudin berkata, PDRM juga telah memperkasakan proses kenaikan pangkat agar lebih telus, adil dan memberi peluang sama rata kepada setiap anggota yang layak.

"Dasar Kenaikan Pangkat Pegawai Kanan Polis ditambah baik melalui pelaksanaan e-Kursus dan Penilaian Kompetensi Dalam Talian (PeKAT).

"Ia bertujuan untuk membendung isu pilih kasih, tohmahan dan memastikan pemilihan calon yang sesuai, cekap dan layak," katanya.

Tiada ulasan: