"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tiga pekerja restoran pengsan hidu gas bocor

Bernama

Seorang pekerja selamat kerana memakai pelitup muka melihat rakannya pengsan seorang demi seorang di dapur.
KUALA NERUS: Tiga pekerja restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan.

Ketua Balai Bomba Kuala Nerus, Azmi Omar, berkata 11 anggotanya digegaskan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 9.48 pagi tadi.

“Kami terima panggilan daripada seorang lagi pekerja restoran itu yang melihat tiga rakannya pengsan seorang demi seorang di dapur, namun lelaki itu selamat kerana memakai pelitup muka ketika kejadian.

“Bomba telah buat pengalihan udara dengan membuka pintu restoran untuk tempoh tiga jam selain menutup injap LPG (gas petroleum cecair). Kami telah uji injap berkenaan dan hasil operasi setakat ini mengesyaki kebocoran itu berpunca daripada gas memasak,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Azmi berkata, semua mangsa berusia lingkungan 20-an telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu bagi mendapatkan rawatan.

Beliau berkata, pihaknya menunggu Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) BBP Kerteh untuk mengesahkan sama ada kebocoran itu membabitkan gas amonia atau tidak.

“Buat masa ini, keadaan premis adalah selamat, tetapi akan ditutup sementara waktu sehingga pengesahan dibuat pasukan Hazmat,” katanya.

Tiada ulasan: