"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lori marak terbakar gerak sendiri, pemandu terjun keluar berjaya selamatkan diri

FMT Reporters

Lelaki berusia 70an itu dalam perjalanan dari Dengkil ke Puchong sebelum menyedari asap keluar daripada enjin lori.
Dalam sebuah klip video tular, lori yang sedang marak terbakar itu kelihatan bergerak sendiri di KM38 Lebuh Raya Putrajaya-Cyberjaya.
PETALING JAYA: Seorang pemandu lori nyaris maut selepas kenderaan dipandunya terbakar di Lebuh Raya Putrajaya-Cyberjaya semalam.

Timbalan Ketua Polis Sepang Shan Gopal Krishnan berkata, lelaki berusia 70an itu dalam perjalanan dari Dengkil ke Puchong pada kira-kira 6.30 petang sebelum menyedari asap keluar daripada enjin lori tersebut.

Katanya, lelaki tersebut cuba memberhentikan kenderaan di tepi jalan tetapi tidak sempat kerana api telah marak.

“(Pemandu) bertindak terjun keluar dari lori dan lori telah bergerak sendiri di atas jalan.

“(Pemandu lori) mengalami luka-luka ringan manakala lorinya hangus terbakar,” katanya dalam kenyataan.

Dalam sebuah klip video tular, lori yang sedang marak terbakar itu kelihatan bergerak sendiri di KM38 lebuh raya tersebut, dari laluan kanan menuju ke simpang keluar.

Menurut Shan Gopal, pemilik lori itu kemudian memaklumkan pemandu itu agar membuat laporan polis, yang dibuatnya hari ini.

“Pemilik lori tidak mahu membuat tuntutan insurans kerana nilai tuntutan sedikit sahaja,” katanya.

Tiada ulasan: