"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suami isteri dikhuatiri lemas kereta terjunam dalam Sungai Rompin

ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Lokasi kejadian sebuah kereta terjunam ke dalam Sungai Rompin di Rompin hari ini
ROMPIN – Sepasang suami isteri dikhuatiri lemas selepas kereta jenis Perodua Myvi dinaiki mereka terjunam ke dalam Sungai Rompin di sini hari ini.

Ketua Polia Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, berdasarkan laporan dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipercayai terbabas dan terjatuh ke dalam sungai Rompin berhampiran Kampung Rantau Panjang di sini.

“Siasatan awal di tempat kejadian sedang dilaksanakan. Kemungkinan dua orang mangsa iaitu seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai suami isteri,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pihak bomba telah mula membuat pencarian di lokasi kejadian berlaku dan pada masa ini arus sungai agak deras.

“Pihak polis dan bomba Rompin dalam usaha mencari kenderaan dan mangsa yang terlibat,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: