Malaysiakini
Iran pada Ahad mendakwa sistem pertahanan udaranya menembak jatuh sebuah jet pejuang F-15 berhampiran Pulau Hormuz di selatan negara itu, lapor Anadolu Ajansi memetik agensi berita separa rasmi ISNA.
Memetik kenyataan Markas Pemerintah Pertahanan Udara Bersama Iran, pesawat perang itu dipintas di ruang udara pantai selatan negara itu berhampiran Pulau Hormuz.
Menurut kenyataan itu, pesawat berkenaan sempat melancarkam peluru berpandu sebelum menjadi sasaran sistem pertahanan udara Iran.
Tiada pengesahan segera daripada sumber lain, dan tiada butiran lanjut diberikan mengenai nasib juruterbang atau serpihan bangkai pesawat itu.
Ketegangan serantau terus memuncak sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feblepas, yang setakat ini mengorbankan lebih 1,300 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu Ali Khamenei.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan