KOSMO!

Seorang wanita didakwa membawa seekor anjing dalam pekarangan sebuah klinik kesihatan di Kedah.
PETALING JAYA – Tular di media sosial satu klip video dan foto memaparkan seorang wanita didakwa membawa seekor anjing peliharaan dalam pekarangan sebuah klinik kesihatan di Kulim, Kedah, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di laman X, wanita berkenaan didakwa membawa haiwan itu masuk ke kawasan klinik yang dipercayai merupakan zon larangan.
“Kisah pagi tadi seorang wanita bawa masuk seekor anjing dalam perkarangan klinik kesihatan yang mana ia adalah kawasan larangan,” katanya di ruangan kapsyen.
Justeru, orang ramai memohon pihak berkaitan supaya lebih peka terhadap perkara tersebut bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang. – KOSMO! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan