BORHAN AHMAD
Para penceramah agama terutama di kalangan selebriti dan yang mempunyai jawatan dalam masyarakat diminta berhati-hati ketika menghamburkan perkataan yang berat berupa tuduhan dalam masyarakat.
Ini kerana, jika tersalah tuduh ia boleh kembali kemuka kita sendiri.
Inilah ingatan para aktivis media sosial terhadap seorang Adun dari parti bernuansa agama di Pahang apabila anak beliau ditangkap di atas dakwaan merogol gadis bawah umur.
Menurut kenyataan dari pihak Polis Pahang, seorang remaja lelaki disyaki anak pemimpin parti pembangkang di Pahang ditahan polis bagi membantu siasatan kes rogol seorang gadis bawah umur.
Ketua Polis Daerah Maran Superintendan Wong Kim Wai berkata, suspek berusia 17 tahun ditahan di sini, semalam, sejurus ibu gadis terbabit membuat laporan.
Menurutnya, berdasarkan laporan mangsa berusia 16 tahun mendakwa dirogol di sebuah rumah di daerah ini, awal Mac lalu.
“Kejadian dikatakan berlaku selepas gadis terbabit baharu mengenali suspek ketika bersiar-siar di Bandar Maran.
“Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah rumah dan merogol gadis terbabit.
“Mangsa kemudian memaklumkan kejadian itu kepada ibunya semalam dan terus membuat laporan polis,” katanya menerusi kenyataan.
“Sebab tu jangan duk tuduh orang tu peliwat, orang ni berzina, orang tu syirik, orang ni gelecah akidah dalam setiap ceramah.
“Last sekali bala dan aib tu mari pada kita, anak kita dan keluarga kita. Mohon Allah tutup aib kita dan Allah sebaik-baik pelindung,” kata Mohd Yusof Solu, seorang aktivis media social dalam satu kenyataan beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan