MASTURAH SURADI

Dua lelaki dicekup ketika melakukan perbuatan jijik dalam sebuah kereta di Mersing, semalam.
MERSING – Kemuliaan Syawal dicemari dengan perbuatan jijik dua lelaki yang dipercayai melakukan hubungan seks sesama jenis di sebuah kawasan terpencil di sini semalam.
Perbuatan pasangan songsang tersebut kantoi selepas penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) melakukan pemeriksaan pukul 6 petang.
JAINJ dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi tersebut dijalankan empat penguat kuasanya ketika melakukan rondaan van untuk mencegah aktiviti maksiat di daerah ini.
“Penguat kuasa menaiki van menghampiri sebuah kereta yang sedang berhenti dari arah belakang. Cermin belakang kereta gelap dan tidak nampak orang di dalam.
“Bagaimanapun, penguat kuasa dapati kereta bergoyang dan berbuai. Enjin dan penghawa dingin kereta dalam keadaan hidup. Untuk keselamatan, penguatkuasa tidak turun dari van tetapi van menuju ke depan kereta.
“Cermin depan tidak gelap dan penguat kuasa boleh nampak stereng kereta tetapi tiada orang di bangku hadapan kiri dan kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Penguat kuasa kemudian turun dari van dan pergi ke tingkap kereta di sebelah pemandu yang tidak gelap sepenuhnya tetapi tidak nampak ke dalam.
Siasatan penguat kuasa mendapati cermin tingkap belakang kiri dan kanan tidak berapa gelap dan boleh melihat perbuatan yang sedang dilakukan mereka dalam kereta tersebut.-KOSMO! ONLINE.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan