Buletin TV3

TEHRAN: Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf, memberi amaran infrastruktur penting di seluruh rantau akan dimusnahkan, jika Amerika Syarikat (AS) dan Israel menyerang kemudahan negaranya.
“Sejurus selepas loji kuasa dan infrastruktur di negara kami menjadi sasaran, infrastruktur penting termasuk tenaga dan minyak di seluruh rantau akan dianggap sebagai sasaran sah dan akan dimusnahkan sehingga tidak boleh dipulihkan,” katanya dalam satu hantaran di X.
Beliau turut memberi amaran harga minyak global akan meningkat untuk tempoh yang panjang, sekiranya konflik berkenaan terus memuncak.
Terdahulu, Iran mengancam untuk menyerang infrastruktur utama di seluruh Asia Barat, sekiranya Presiden AS, Donald Trump, melaksanakan ugutan untuk memusnahkan loji kuasa negara itu, jika Selat Hormuz tidak dibuka semula.
Trump sebelum ini memberi tempoh kepada Iran untuk membuka semula laluan strategik itu, yang kini berdepan sekatan. – AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan