KOSMO

Jambatan itu runtuh ketika orang ramai menyeberangi Sungai Brahmaputra baru-baru ini. - bdnews24
DHAKA – Sekurang-kurangnya empat kanak-kanak meninggal dunia, manakala dua lagi hilang selepas sebuah jambatan usang runtuh ke dalam sungai di Bangladesh, lapor akhbar The Sun UK.
Rakaman video kejadian dikongsi di platform X oleh akaun @Volcaholic baru-baru ini menunjukkan jambatan itu dibanjiri orang ramai yang ingin menyeberangi Sungai Brahmaputra semasa meraikan Aidilfitri.
Ada antara mereka menyeberangi sungai tersebut dengan berpaut pada sisi jambatan.
Struktur yang usang menyebabkan jambatan itu tiba-tiba senget dan runtuh, dengan orang ramai terjatuh ke dalam sungai.
Usaha menyelamat telah dilancarkan untuk mencari mangsa yang dipercayai masih hidup atau terselamat. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan