"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tiga suspek pecah rumah di Shah Alam diburu

Noor Hidayah Tanzizi
Tiga lelaki berpakaian serba hitam dan memakai pelitup muka diburu polis selepas dipercayai terbabit kes pecah rumah di Seksyen 9, Shah Alam, kelmarin-Foto Ihsan Polis
SHAH ALAM : Polis giat memburu tiga lelaki berpakaian serba hitam dan memakai pelitup muka dipercayai terbabit kes pecah rumah di Seksyen 9, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu daripada lelaki warga emas berusia 60-an yang juga pesara pada pukul 11.52 malam.

Menurutnya, kes itu juga tular di media sosial yang dipercayai berlaku kira-kira jam 8 hingga 11 malam.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati rumah berkenaan tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dan penggera keselamatan.

“Polis sudah mendapatkan rakaman CCTV daripada pihak pengurusan perumahan dan jiran berhampiran untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pihaknya juga sedang giat mengesan suspek untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh hubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohamad Amzar Mohamad Shuffie di talian 013-6666657,
serta Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di talian 03-55202222.

Tiada ulasan: