"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kedah: Lelaki maut jatuh bangunan hotel

KOSMO!
SEORANG lelaki ditemukan mati di laluan belakang sebuah hotel di Taman Sejati, Sungai Petani hari ini.
SUNGAI PETANI – Seorang lelaki ditemukan mati selepas dipercayai terjatuh dari bumbung sebuah hotel di Taman Sejati, di sini hari ini.

Mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia 51 tahun dijumpai dalam keadaan tertiarap dengan kesan kecederaan di kepala dan beberapa bahagian badan di laluan belakang hotel tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat lelaki terbabit pada pukul 9.10 pagi tadi.

“Semakan mendapati mangsa adalah penduduk Bandar Laguna Merbok, di sini dan dilihat berlegar-legar di kawasan hotel itu sejak awal pagi tadi. Siasatan juga mendapati mangsa tidak mendaftar masuk sebagai tetamu yang menginap di hotel tersebut,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan daerah Kuala Muda.

“Kita sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mendapatkan maklumat sebenar bagaimana kejadian itu berlaku. Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: