"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Pemandu lori positif dadah ditahan bawa 3 PATI warga Bangladesh

Nor Fazlina Abdul Rahim

JELI: Seorang pemandu lori positif dadah ditahan selepas dikesan membawa tiga lelaki warga Bangladesh yang memiliki pas lawatan tamat tempoh dalam sekatan jalan raya Batu Melintang, di sini, malam kelmarin.

Terdahulu, lori terbabit ditahan polis untuk pemeriksaan kira-kira jam 11.30 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Mohd Shamsuri Mohd Zain berkata, siasatan mendapati pemandu berkenaan membawa ketiga-tiga penumpang itu dari Terengganu menuju ke Perak.

“Ujian saringan air kencing mendapati pemandu lori itu positif dadah, selain polis turut merampas sebotol cecair disyaki air ketum yang ditemukan dalam kenderaan berkenaan.

“Ketiga-tiga penumpang mengaku tinggal di Malaysia melebihi tiga tahun dan melakukan pelbagai pekerjaan buruh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Shamsuri berkata, semua suspek ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 55E/15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Tiada ulasan: