"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kisah Pemerintah Islam menjadi kuli di pasar

kamal_hasan
Pada suatu siang yang terik, seorang pedagang dari Syam sedang kesusahan mengurus barang bawaannya. Tiba-tiba ia melihat seorang lelaki bertubuh tegap dengan pakaian lusuh.
Orang itu segera dipanggilnya; “Hai, kuli, kemari! Bawakan barang ini ke kedai di seberang jalan itu.” Tanpa membantah sedikitpun, dengan patuh lelaki berpakaian lusuh itu mengangkut bungkusan berat dan besar tersebut ke kedai yang dituju.

Semasa sedang menyeberang jalan, seseorang mengenali kuli tadi. Ia segera menyapa dengan hormat, “Wahai, Amir. Biarlah saya yang mengangkatnya.” Si pedagang terperanjat lalu bertanya pada orang itu, “Siapa dia?, mengapa seorang kuli kau panggil Amir?”.

Ia menjawab, “Tidak tahukah Tuan , kalau orang itu adalah gabernur kami?”. Dengan rasa cemas lalu membongkok-bongkok ia memohon maaf pada ‘ kuli upahannya’ yang ternyata adalah Salman al Farisi .

“Ampunilah saya, Tuan. Sungguh saya tidak tahu. Tuan adalah amir negeri Madain, “ ucap si pedagang. “ Letakkanlah barang itu, Tuan. Biarlah saya yang mengangkutnya sendiri.” Salman menggeleng, “Tidak, pekerjaan ini sudah aku sanggupi, dan aku akan membawanya sampai ke kedai yang kau maksudkan.”

Setelah sekujur badannya penuh dengan keringat, Salman meletak barang bawaannya di kedai itu, ia kemudian berkata, “Kerja ini tidak ada hubungannya dengan jawatanku. Aku sudah menerima dengan rela perintahmu untuk mengangkat barang ini kemari. Aku wajib melaksanakannya hingga selesai. Bukankah merupakan kewajiban setiap umat Islam untuk meringankan beban saudaranya?”

Pedagang itu hanya menggeleng. Ia tidak mengerti bagaimana seorang berpangkat tinggi bersedia disuruh sebagai kuli. Mengapa tidak ada pengawal atau tanda-tanda kebesaran yang menunjukkan kalau ia seorang gabernur?.

Ia barangkali belum tahu, begitulah seharusnya sikap seorang pemimpin menurut ajaran Islam. Tidak bersombong diri dengan kedudukannya, malah merendah di depan rakyatnya. Kerana pada hakikatnya, ketinggian martabat pemimpin justeru datang dari rakyat dan bawahannya.

Nasihat Ayah Mertua Kepada Menantu Lelaki Di Hari Perkahwinannya

Makmum Sundari
Assalamualaikum warah matuallahi wabarakatuh

Anakku,

Hari ini hari bersejarah untukmu,

Kau telah dihijab kabulkan dengan anak perempuanku,

Kini tanggungjawab ayah telah berpindah kepadamu,

oleh itu terimalah anak ayah seadanya.

terimalah dengan hati yang penuh reda.

Didiklah dia dengan sebaik-baiknya,

berlemah lembutlah jika kau menasihatinya,

kerana sesungguhnya lemah lembut adalah hikmah yang paling baik,

berilah kasih sayangmu kepadanya nescaya dia akan membalas kasih sayangmu.

Anakku,

Pastikan aurat isterimu terpelihara ketika keluar rumah,

tidak berhias dan berbau-bauan kepada bukan mahramnya.

kerana jika auratnya terdedah kau akan ditanya oleh Allah SWT

di akhirat nanti.

Berilah nafkah zahir dan batin sekadar kemampuanmu,

kerana setiap ringgit yang kau gunakan untuk keluargamu merupakan sedekah disisi Allah SWT.

Carilah rezeki yang halal kerana keluar bekerja mencari nafkah seumpama berjihad dijalan Allah SWT.

Berikanlah ilmu agama pada isterimu,

Jika kau tidak mampu ajaklah dia ke masjid supaya ada guru yang mendidiknya.

Anakku,

Kau telah terpilih menjadi nakhoda bahtera kehidupanmu,

Maka teruskan perjalananmu dengan berhati-hati supaya tidak tersesat diperjalanan,

Jika tersalah haluan kembalilah kepangkal jalan.

Ambillah panduan al-Quran dan sunah Nabi-Nya

nescaya kau tidak akan sesat selama-lamanya.

Jauhkan daripada bisikann syaitan dan nafsu amarahmu

kerana kedua-duanya boleh menyebabkan kau lari daripada rahmat Allah SWT.

Hidup berumah tangga tidak sama semasa bujang,

kini kau perlu berkongsi segala-galanya.

Ranjau, onak dan duri perlu diharungi bersama.

Banyakkan bersabar dan bertenang dalam kau membuat keputusan,

jangan mudah berkeras dengan pendapat sendiri, banyakkan berbincang kerana sesungguhnya bersyura banyak menfaatnya.

Anakku,

Jika kau izinkan dia bekerja pantau pergaulannya supaya sentiasa tidak terkeluar daripada batasan syarak.

Bersikap tegas dan lemah-lembut terhadap isterimu kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya.

Berilah pujian terhadap isterimu kerana wanita suka dipuji dan berilah hadiah ketika menyambut hari kelahirannya demi mengeratkan kasih sayang.

Nabi SAW sering memberi hadiah kepada isteri-isteri baginda.

Anakku,

Laut tidak sentiasa tenang, ada pasang surutnya.

Begitu juga kehidupan berumah tangga, adakala gembira ada kalanya bergelora.

Jika kau dapati isterimu menderhakaimu,

maka berilah nasihat yang baik kepadanya,

jika tidak berkesan pisahkan tempat tidurmu,

jika masih tidak berhasil maka pukullah sekadar mengingatkannya bukan untuk mencederakannya.

Carilah pendamai yang baik , bertolak ansurlah kerana tidak rugi jika kau mengalah dalam perkara-perkara kecil.

Sesungguhnya Allah merahmati suami yang sabar dan tenang mengatasi krisis rumah tangganya.dan mengelakkan perceraian.

Anakku,

Ayah sentiasa mendoakan kesejahteraanmu sekeluarga insya Allah berkekalan hingga bertemu di syurga.

Oleh itu jauhkan dirimu dan ahli keluargamu daripada seksaan api neraka.

Doa ayah untukmu berdua : “ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “

Wassalam.

Ini 4 Fakta Menarik tentang Isteri Mursi

Ini 4 Fakta Menarik tentang Istri Mursi

Isteri Muhammed Mursi, Najla Mahmud
REPUBLIKA.CO.ID, Najlaa Ali Mahmoud rasmi menjadi wanita pertama bagi rakyat Mesir. Namun, ia tak mau disebut  wanita pertama. Najlaa lebih memilih sebutan pelayan bangsa.

Isteri Presiden Mesir yang baru terpilih, Mohamed Morsi itu berbeza dengan Suzanne Mubarak. Najlaa memilih hidup sederhana dan bersahaja.

Sebagai surirumah, Najlaa memilih memakai abaya, sehingga mencerminkan perempuan kebanyakan di negara Piramid itu.

Inilah fakta menarik tentang kehidupannya:

Tentang Ikhwanul Muslimin:

"Dr Mursi bergabung dengan Ikhwanul Muslim 31 tahun yang lalu, apabila kami tinggal di Los Angeles. Anggota gerakan tersebut sangat terbuka dan menjelaskan bahawa penglibatan dalam gerakan berisiko penjara, dan salah satu hal yang penting adalah bahawa isteri setuju dengan jalan hidup tersebut sehingga rumah tangga tidak goyah.''

''Bagi kami, keluarga adalah sangat penting. Jadi, jika sang isteri tidak mampu menghadapi jangkaan-jangkaan tersebut, maka anda tidak akan dipaksa menyertai. Dr Mursi datang pada saya dan mengatakan bahawa dengan bergabung menjadi anggota Ikhwanul Muslimin ada risiko penjara dan hilang pekerjaan. Semua itu terjadi pada saat kami masih di Amerika. Saya katakan padanya, 'Tidak ada masalah. Tidak ada masalah. Mari kita jalani, Insya Allah."

Pesannya kepada golongan Kristian Koptik di Mesir.

"Saya ingin mengatakan bahawa kita ada di tanah air yang sama, keturunan yang sama. Islam tidak membezakan antara Muslim dan Kristian. Sebaliknya, kami belajar bahawa dalam Islam, umat Islam dan Kristian mempunyai hak penuh yang sama di negara yang sama. Mereka mempunyai apa yang kami punya, dan kita semua mempunyai kewajipan yang sama. Saya peribadi mengenal ahli masyarakat beragama Kristian, baik perempuan maupun laki-laki, dan saya bersyukur pada Tuhan, hubungan saya dengan mereka baik. "

Tentang peranan sebagai  wanita pertama dan presiden.

"Dalam Muslim Brotherhood, kedudukan presiden dianggap sebagai pelayan nombor satu, kerana presiden repablik ini seharunya menjadi pelayan utama Mesir. Ia yang akan menjadi sponsor, dan ini adalah ajaran Islam. Dalam Islam, sesiapa sahaja yang memimpin dan menguruskan urusan negara, seperti yang dikatakan oleh khalifah Umar bin Khattab, 'jika ada unta yang jatuh di daerah Levant, saya yang akan diminta pertanggungjawaban.' Inilah Islam. "

Tentang suaminya.

"Ia orang yang sangat seimbang, sangat serius. Ini bukan kerana ia suami saya. Tapi memang sifatnya seperti itu. Ia adalah sangat seimbang dan rasional serta bermental politik. Saya telah berkahwin dengannya selama hampir 31, 32 tahun. Saya tidak kata dia pelawak, tapi ia punya selera humor dan pandai menghibur. Ia serius di saat yang serius dan menghibur di kala susah. "