"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penahanan Uncleseekers: Komuniti online timbulkan beberapa persoalan misteri

Inimajalah

Komuniti online, termasuk blogger tempatan, menimbulkan beberapa persoalan misteri mengenai penahanan oleh polis terhadap blogger uncleseekers.blogspot.com.


Semua persoalan berkenaan menyentuh secara langsung soal ketelusan undang-undang di negara ini dalam konteks menangani isu rakyat dan mereka yang berkuasa.

Blog itu dipercayai dikendalikan Syed Abdullah Hussein Al-Attas, anak kepada penulis buku politik popular, Syed Hussein Alattas.

Blogger itu ditahan polis pada 5 Julai 2012 dipercayai ada kaitan dengan entri di blognya yang menyentuh kerabat diraja Johor.

Tinjauan inimajalah.com.my di Internet mendapati, antara persoalan yang dilontarkan ramai komuniti online sama ada menerusi blog, forum atau laman sosial, termasuk Facebook dan Twitter ialah:

1. Apa jadi dengan semua dakwaan yang disenaraikan blogger uncleseeker.blogspot.com?

Ini kerana blogger itu kini ditahan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan komuniti online beranggapan ia akan menyebabkan ada kemungkinan semua dakwaan terbabit ‘terpadam’ begitu sahaja.

2. Apakah polis akan membuat siasatan dan tuduhan di mahkamah berhubung semua dakwaan di dalam semua entri berkaitan di uncleseeker.blogspot.com?

Ini kerana, komuniti online beranggapan, jika siasatan dan dakwaan dibuat membabitkan secara langsung semua dakwaan sebagaimana di dalam entri berkaitan di blog itu, sudah tentu lebih banyak ‘fakta’ (jika benar wujud) akan terbongkar.

3. Mengapa tiba-tiba blogger uncleseekers.blogspot.com dikaitkan dengan kesalahan mengambil dadah jenis morfin? Mengapa media perdana lebih berminat menguar-uarkan perkara ini berbanding pelbagai dakwaan blogger itu sebagaimana di dalam blognya?

Ini kerana, sesetengah komuniti online beranggapan, ia mungkin bertujuan memburukkan imej blogger itu.

4. Mengapa pihak yang dituduh tidak tampil membuat penjelasan atau membela diri?

Ini kerana, berbanding kes nota Twitter oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung bidaan plat kenderaan WWW1, baru-baru ini, komuniti online menilai pihak yang kena tuduh oleh blogger uncleseeker.blogspot.com gagal membuat penjelasan atau membela diri.

5. Mengapa seorang wanita lain, dilaporkan sebagai teman wanita bloggger terbabit, turut ditahan polis? Adakah menjadi amalan polis menahan sesiapa sahaja yang ada bersama ketika seseorang yang disyaki, ditahan?

Ini kerana, rata-rata komuniti online tidak jelas apakah tuduhan atau kesalahan yang mahu dikaitkan dengan wanita berkenaan.

Sebahagian persoalan misteri yang dilontar komuniti online itu dapat dibaca di sini dan di forum ini, manakala sebahagian lain boleh ditemui di pelbagai pos dan komen di Facebook serta Twitter.

Tidak semestinya semua dakwaan blogger uncleseekers.blogspot.com adalah benar dan tepat. Namun, rakyat sedang memerhati dengan amat rapat dan penuh minat untuk menilai satu lagi ‘episod berantakan rakyat dan penguasa’!

Rakyat mungkin akan memberikan markah berdasarkan pemerhatian itu pada pilihanraya umum ke-13 (PRU) kelak. – inimajalah.com.my

Pencari Hantu yang berhantu?

tokpepijat
Setelah menulis 64 artikel tentang Sultan Johor dan Kerabatnya, akhirnya Syed Abdullah putera Syed Hussien ditahan polis.

Mengapa tunggu hingga 64 artikel baru ditahan pemilik blog Uncle Seekers? Mengapa puas Sultan Johor "ditelanjangi" baru diambil tindakan?

Mengapa didakwa atas akta OSA (dokumen sulit), tidak dibawah akta hasutan? Dan terkini polis keluar kenyataan tentang dadah dalam tubuh Uncle Seekers. Apa kaitan dadah dengan isu yang ditimbulkan oleh Pencari Hantu itu dalam blognya?

Adakah polis mahu tunjukkan bahawa Uncle Seekers menulis dalam keadaan khayal dadah? Mampukan individu yang berada dalam mabuk dadah cari bukti dengan dokumen-dokumen sulit?

Nasib baik polis tidak takrifkan Uncle Seekers dalam kategori kurang waras dan disumbat dalam wad Hospital Tampoi!

Siapakah Uncle Seekers?

Namanya mula "naik glamour" apabila cintanya dengan bekas Permaisuri Agong dihalang. Pelbagai versi artikel dikeluarkan oleh beliau mengenai isu ini. Hingga babitkan mahkamah dan saman menyaman.Kesnya senyap hingga kini. Tiada perkembangan terkini.

Tiba-tiba nama dan blognya meletup hingga mencapai 10 juta pengunjung apabila beliau lancarkan " Perang Dunia Ketiga " keatas Sultan Johor dan kerabatnya.

Segalanya diaibkan bermula dengan Sultan Johor, Tengku Mahkota, Peguam Negara dan Ketua Polis Johor.

Sultan digelarnya Ku Yem, Tengku Mahkota digelarnya Mail dan Ketua Polis sebagai Hang Mokhtar. Tiada hormatnya pada mereka yang bergelar dan berpangkat itu. Mengapa?

Mengapa begitu "murka"nya Uncle Seekers terhadap Istana Johor? Inilah persoalan yang timbul di mata rakyat?

Begitu berani beliau mengaibkan Sultannya sendiri. Hingga Tengku Mahkota menggelarnya "anjing yang menyalak" dalam twitternya

Adakah ada orang dibelakangnya? Apa motifnya begitu bersungguh beliau "berperang" dengan Istana Johor.?

Bandingkan dengan isu Nizar dengan nombor plat WWW 1. Nizar sekadar menulis tentang duit beli WWW 1. Tidak disebut sepatahpun nama Sultan jauh sekali panggil nama Ku Yem.

Kesannya, Sultan sampai murka dan polis Johor dengan pantas sepantas "concorde" menyerbu pejabat Nizar.

Tapi bagaimana dengan blog putera Syed Hussien anak kelahiran Johor berketurunan ulama yang sampai 64 artikel menghina dan "melondehkan Istana Johor" baru polis bertindak?

Inilah menimbulkan pelbagai andaian dan spekulasi rakyat.

Apapun, artikel Dr Asri Zainal Abidin perlu dibaca untuk kita bersikap adil ..http://www.malaysiakini.com/news/202843

Dan kita perlukan pastikan dua perkara :
1) Keselamatan Uncle Seekers selamat dalam tahanan reman.
2) Bawa Uncle Seekers ke mahkamah untuk didakwa atas kes menghina Institusi Raja.

nota : blog Uncle Seekers sudah tidak dapat dilayari lagi.

Anwar Ibrahim nyatakan yang dia adalah anak jantan

anaabdullah
Pendek kata hampir semua Pucuk kepimpinan umno telah mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kata kata kalau anak jantan sila tunjukkan.

Dari segi fizikal antara jantan dan betina boleh dizahirkan melalui kemaluanya, tetapi zaman jahiliah modern kadang kadang jantan boleh tukar “jantinanya”. Manakala yang betina tidak boleh berbuat demikian.

Semua rakyat 1 Malaysia mengenali Anwar Ibrahim sebagai anak jantan dan dicabar supaya tunjuk kejantanannya.

Anwar dianggap oleh musuh politiknya tidak berani menunjukkan kejantanannya atas sebab tertentu yang mungkin tidak boleh di elakkan kerana kononnya dia ada RM 3 bilion dalam satu akauan semasa menjadi timbalan perdana menteri dulu.

Sebaik saja dicabar oleh Ta Sri Muhyiddin Yassin, Anwar Ibrahim buat kenyataan media mencabar balik agar timbalan perdana itu mengisytiharkan hartanya.Jika kamu isytihar harta kamu baru aku isytihar akauan aku.

Dengan cabaran balas itu Tan Sri Muhyiddin Yassin membisu seribu bahasa. Maka isu tersebut mati tiba tiba.Tiada siapa yang berani berbuat demikian, kecuali mereka "bersih". Mana ada orang umno yang bersih setakat hari ini?

Oleh kerana pucuk kepimpinan umno teringin sangat agar Anwar Ibrahim tunjuk kejantannnya, maka dinyatakan yang dia akan bersara dalam arena politik jika gagal tawan Putra jaya selepas PRU 13 nanti.

Pada saya sah tindakan Anwar Ibrahim mengambarkan yang dia adalah sebenar benar “anak jantan” kerana berani menyatakan yang dia akan bersara dalam dunia politik selepas PRU 13 nanti.

Walaupun ada pucuk kepimpinan umno berkata itu hanya Psikologi Anwar Ibrahim saja, tapi pada saya itulah perisip yang di pegangnya. Beliau berani bertindak demikian sepertimana pernah dilakukan sebelum ini.

Beliau boleh kekal sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan prresiden umno jika akur, sujud dan sembah Dr Mahathir waktu itu.Tetapi dia pertahan prinsipnya sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dan berkarisma.Sanggup dipecat dan dipenjara.

Inilah sikap seorang pemimpin yang “berwibawa” dan “berkarisma” kerana beliau faham kedudukan dan pengaruhnya dalam politik mutakhir ini.

Bayangkan PRU 12 pengaruhnya boleh menafikan 2/3 wakil umno dalam parlimen. Jika PRU 13 nanti PR gagal tawan putrajaya bermakna pengaruhnya jatuh merudum, maka tiada guna lagi beliau bergiat cergas dalam arena politik Negara miskipun PR memerlukannya.

Siapakah pucuk kepimpinan umno yang berani berbuat demikian? Setakat hari ini belum seorang pun yang berani menyatakan yang dia akan bersara, Tun Abdullah Ahmad Badawi diugut dan dihambat tinggalkan jawatan perdana menteri Presiden umno.

Tun Mahathir berbuat demikian kerana pengaruhnya jatuh merudum dalam PRU 10 (1999) dan juga factor usia yang begitu lanjut dan lama memerintah. Atas sebab itulah Tun Mahathir bersara berbanding Anwar Ibrahim yang berusia 65 tahun 2012.Masih layak memerintah Negara 1 malaysia ini.

Atas sebab beliau anak jantan maka dinyatakan hasratnya yang dia akan bersara jika PR gala tawan Putrajaya selepas PRU 13 nanti.Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, walaupun sering uzur dan lanjut usianya.

Dengan daya juang yang tinggi dan dengan samangat yang ketal, belum ada niat dan hasratnya untuk bersara, malah ada pihak mengatakan yang dia akan bertanding sebagai ahli parlimen PRU 13 nanti.