"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pesanan "WHEN I DIE" Tengku Puan Pahang ini buat anda sentap!! SILA BACA

Hari ini Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar telah menulis satu pesanan dalam Instagram miliknya yang pasti akan membuatkan anda berasa terkesan apabila membaca bait-bait ayat tersebut.
INSTAGRAM TENGKU PUAN PAHANG TUNKU AZIZAH MAIMUNAH ISKANDARIAH SULTAN ISKANDAR

Kami terjemahkan untuk pembaca Vocket:

Apabila aku mati
Aku akan offline di Facebook.
Aku akan offline di 2go.
Aku akan offline di BBM.
Aku akan offline di WhatsApp.
Aku akan offline di Viber.
Aku akan offline di Tango.
Aku akan offline di Twitter.
Aku akan offline di Eskimi.
Aku akan offline di Instagram.
Aku akan offline di WeChat.

Nombor telefon ku akan dimatikan, ku tidak lagi akan mengulas posts atau menerima mesej, atau informasi dari keluarga dan rakan.

Keluarga dan rakan-rakanku dan juga musuh-musuhku akan menangis tetapi ku sudah tiada lagi.

Tetapi adakah anda tahu apa yang akan kekal apabila ku sudah pergi nanti?

Al-Quran yang ku baca akan online.
Solat ku 5 kali sehari akan online.
Zakat ku akan online.
Perbuatan-perbuatan baik ku akan online.
Puasa ku akan online.
Semua apa yang ku lakukan kerana Allah akan online bersama ku di dalam kubur.

Mari kita semua berfikir tentang ini!

Akhirnya kita semua akan mati. Kerana setiap jiwa yang bernyawa akan merasai kematian.

Kenapa tidak bersiap sedia untuk masa itu di mana hanya akan ada anda sahaja?
Kenapa tidak berhenti takut pada orang?
Kenapa tidak berhenti takut dengan apa yang orang akan katakan?
Kenapa tidak anda mengambil keputusan yang akan memberi manfaat kepada anda semasa hari akhirat kelak?
Kenapa tidak anda mengambil keputusan yang akan membantu anda di kubur?
Kenapa tidak mencari keredhaan Allah dan memperolehi kebahagiaan, keseronokan dan kenikmatan yang kekal abadi?

Ingat!!!

Setiap jiwa pasti akan merasai mati.
Semoga Allah membuat ia mudah buat kita.

Ameen Yaa Rabbi.

Sila berkongsi untuk mengingatkan saudara-saudara anda sepertimana saya mengingatkan anda sekarang.

Selepas itu Tunku Azizah yang kini sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah menulis satu kapsyen video di post yang seterusnya:

“begini lah nanti kita di padang mashar…. tdk kira bangsa, keturunan atau kedudukan…. semuanya sama…. alhamdulillah”.KREDIT

Remaja dirogol, ditembak, dibuang ke dalam telaga

UTTAR PRADESH - INDIA . Seorang remaja yang diculik dan dirogol berkali-kali, ditembak di dada dan dibuang di dalam telaga sedalam 30kaki berjaya diselamatkan dan akan membawa penyerangnya ke muka pengadilan.

Poonam (bukan nama sebenar) berusia 15 tahun diculik ketika dalam perjalanan untuk membeli kad prabayar pada November 22, sekitar jam 5 petang waktu tempatan.

Dia dibawa ke sebuah rumah ladang terpencil yang terletak di perkampungan Salempur Gurjar.

Tiga suspek, dua daripada mereka dipercayai bawah umur mengurung remaja berkenaan selama dua minggu dan merogolnya setiap kali mereka membawa makanan kepadanya, kata remaja berkenaan kepada polis.

Selepas dua minggu dikurung, suspek berkenaan memberitahunya akan membebaskan dan dia dibawa menaiki sebuah kereta.

Poonam cuba untuk melarikan diri ketika suspek berhenti untuk minum air, namun cubaannya gagal dan dia ditembak sebanyak dua kali di bahagian dada.

Suspek yang menyangka gadis berkenaan telah mati, kemudian bertindak membuangnya ke dalam sebuah telaga kering di perkampungan Tughalpur.

Seorang penduduk kampung berkenaan, Babbal Bhati menyelamatkan gadis berkenaan selepas terdengar jeritan meminta tolong.

Babbal Bhati memberitahu Times of India, gadis berkenaan dijumpai dalam keadaan berdarah dan menangis ketika dia menyelamatkan mangsa menggunakan tali.

Dia dibawa ke sebuah hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Menurut polis Greater Noida, Laxmi Chauhan, mangsa menceritakan kejadian sebenar selepas tersedar dari koma dan ketiga-tiga suspek berjaya ditahan pihak polis.

"Mangsa ditembak dari jarak dekat namun peluru berkenaan bagaimanapun tidak terkena organ pentingnya,' katanya.
-sinarharian-

Isteri kedua ‘Datuk’ maut ditetak di rumahnya di Taiping

Seorang wanita berusia 68 tahun, dipercayai isteri kedua kepada pesara bergelar “Datuk” maut selepas ditetak dengan parang di belakang leher di rumahnya di Taman Lake View, Taiping, dekat Ipoh semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Harith Kam Abdullah berkata ketika kejadian pukul 7.30 malam itu, mangsa dan suami dikunjungi saudara perempuan terdekatnya berusia 78 tahun bersama pekerjanya seorang lelaki berumur 57 tahun.

"Sebaik mereka berada dalam rumah, tiba-tiba 2 lelaki memakai topeng dan bertopi keledar meluru masuk.

"Seorang suspek bertindak mengikat suami mangsa dengan kain selendang tetamu wanita itu manakala tetamu lelaki diugut dengan parang diletakkan di lehernya," katanya kepada pemberita di Ipoh hari ini.
Beliau berkata mangsa dibawa ke bilik tidur oleh kedua-dua suspek sebelum melarikan diri.

"Selepas itu, tetamu lelaki itu ke bilik tidur berkenaan dan mendapati mangsa meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah," katanya.

Harith berkata pihaknya menemui parang di luar kediaman yang disyaki dibuang suspek.

"Barang kemas mangsa yang bertaburan di atas katil dan meja solek tidak diambil kedua-dua suspek itu.

"Hasil siasatan, suami mangsa berkata hubungannya dengan tetamu wanita itu amat buruk dan mereka datang ke rumah untuk meminta wang perbelanjaan daripadanya kerana mendakwa mengabaikan kebajikan wanita berkenaan dan seorang anaknya yang sedang sakit tenat, katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk bedah siasat, katanya.

Harith berkata polis menahan kedua-dua tetamu di rumah mangsa untuk membantu siasatan manakala kedua-dua lelaki yang melarikan diri masih diburu.

"Polis masih belum pasti kejadian bermotif samun atau konflik keluarga. Kedua-dua tetamu ditahan untuk membantu siasatan," katanya. 
-Bernama-