| Jimadie Shah Othman |
| Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak disebut-sebut antara tokoh popular yang bakal mendapat pencalonan terbanyak dari PAS kawasan di Kedah bagi jawatan timbalan presiden. Seorang pemimpin akar umbi PAS memberitahu Malaysiakini, penyandang jawatan itu sekarang, Nasharuddin Md Isa tidak lagi popular di negeri itu kerana didakwa "tidak banyak membantu presiden" menjalankan tugasnya. Persidangan tahun ini diramal menyaksikan pertembungan lebih sengit dua aliran utama parti itu - pro-muzakarah dengan pro-Pakatan (atau "kumpulan Erdogan") - yang mengundang perdebatan hangat sejak muktamar di Ipoh, tahun lalu. PAS akan mengadakan pemilihan dan muktamar ke-55 awal Jun ini di Stadium Malawati, Shah Alam. Mesyuarat peringkat kawasan dan tiga sayap utama - Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama - bermula awal bulan dan akan berakhir hujung bulan depan. Mahfuz dicalon naib Mengulas lanjut pencalonan bagi jawatan timbalan presiden, Adnan berkata, Azizan pula dilihat tidak tergolong dalam mana-mana kem. Untuk jawatan naib presiden pula, Ketua Penerangan PAS pusat, Datuk Mahfuz Omar; Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Menteri Besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dijangka dicalonkan. "Beliau dijangka mendapat sokongan besar," tambahnya. Menurut pemerhatiannya, Adnan berkata, PAS Jerlun dan Padang Terap dipercayai penyokong kuat Husam manakala di Kuala Kedah pula, masih 50-50. Alor Star pula dijangka mencalonkan Mohamad Sabu. 'Mahu wakil Kedah' Difahamkan, semua PAS kawasan di Kedah akan mencalonkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengekalkan jawatan presiden. Beliau yang ahli Dewan Negara itu menegaskan bahawa PAS Kedah "tidak ada masalah" dengan kepimpinan sedia ada. "Mereka cuma mahukan seorang wakil Kedah dalam kepimpinan peringkat tertinggi PAS pusat," katanya, sambil mengakui Mahfuz merupakan calon pilihan hampir keseluruhan kawasan di Kedah untuk bertanding jawatan naib presiden.. Setakat ini, hanya tiga daripada 15 PAS kawasan di Kedah - Sungai Petani, Baling dan Kuala Kedah -- yang telah mengadakan menyuarat agung masing-masing. Ketiga-tiga kawasan tersebut bagaimanapun tidak membuat sebarang pencalonan untuk jawatan tertinggi parti, sebaliknya menyerahkan kepada jawatankuasa masing-masing bagi membuat keputusan. -malaysiakini- |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
No 2: Husam, Azizan calon popular di Kedah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan