"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nizar Berceramah Di Masjid Subang 28 Jun ini

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Hrkh) - Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan menyampaikan ceramah beliau di perkarangan Masjid Lapangan Terbang Subang, dekat sini, pada jam 9.00 malam, 28 Jun ini (Ahad).

Nizar yang juga AJK PAS Pusat akan bertemu dengan rakyat, khususnya meraikan anak-anak Perak dalam majlis yang dinamakan Ceramah Malam Sanubari Rakyat Perak.

AJK Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Nazri Din memberitahu, program dianjurkan atas inisiatif Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DPP Perak bertujuan untuk merapatkan silaturrahim dan memperkukuhkan sokongan rakyat Perak terhadap PAS.

Orang ramai dari pelbagai bangsa dan agama dijemput hadir.


Tiada ulasan: