"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Inilah Agaknya Yang Dikatakan Kera Dihutan Disusukan

Jean Todt Dibayar RM900,000, Diberi Tanah Di Terengganu - Azmin
http://www.motoradictos.com/images/2008/03/5510964_7_1.jpg

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan mengesahkan telah memperuntukkan hampir RM1 juta untuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif pasukan F1 Ferrari, Jean Todt yang dilantik sebagai Duta Pelancongan Malaysia di rantau Eropah. Todt telah diberikan penghormatan itu bermula bulan lalu untuk tempoh selama dua tahun.

Sehubungan itu, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, sejumlah itu sebenarnya tidak mencukupi untuk menjalankan kerja-kerja promosi di benua Eropah. "... (peruntukan ini) bukan dalam bentuk wang tunai. Jika anda hendak melakukan promosi di Eropah, RM1 juta sebenarnya tidak mencukupi," kata beliau di lobi Parlimen petang tadi. Mengulas dakwaan Ahli Parlimen Gombak (PKR) Azmin Ali, Ng memberitahu, Azmin seharusnya memaklumkan sumber bagi maklumat yang digunakan untuk membuat dakwaan sedemikian'

Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata alasan bahawa bayaran itu untuk khidmat Todt menarik rakyat asing menetap di sini di bawah kempen “Malaysia- rumah kedua ku” tidak masuk akal.

Ini kerana misi itu dilaksanakan sepenuhnya oleh wakil pejabat Pelancongan Malaysia di seluruh dunia, tambah beliau.

Selain menerima hampir sejuta ringgit setahun, Todt turut ditawarkan tanah di Pulau Besar Terengganu, kata Azmin .

Azmin mendesak kerajaan mendedahkan butir-butir perjanjian Kementerian Pelancongan dan Todt supaya rakyat mengetahui bagaimana RM900,000 dibelanjakan.

Menteri Pelancongan Datuk Ng Yen Yen melantik Jean Todt sebagai ‘duta’ Pelancongan Malaysia untuk tempoh setahun dalam usaha kerajaan menarik 2,000 pelancong menetap di negara ini.

Azmin menampilkan dokumen yang menunjukkan yuran perkhidmatan Jean Todt sahaja mencecah RM593,400. Kos itu termasuk wang untuk tambang perjalanan, perbelanjaan dan wang saku.

Selain itu Umno-BN turut membayar Todt RM388,000 untuk bercuti di dalam negara, kata Azmin.

“Mengapa sejumlah RM593,000 dibayar kepada Jean Todt untuk membuat promosi ini,” tanya Azmin.

“Kalau kita tengok pecahan yang saya dapat, kos untuk tambang kapal terbang dari Eropah ke Kuala Lumpur ke Eropah mencecah RM180,000 ringgit. Ini tidak termasuk kos penginapan yang mencecah RM80,000 untuk tiga malam,” tambah Azmin

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib bagaimana pun enggan menjawab pertanyaan Azmin.

Azmin berkata beliau mempunyai maklumat terperinci mengenai pemborosan yang berlaku tetapi mahu memberi peluang kepada UMNO-BN menjelaskan perbelanjaan sebegitu besar.

“ Saya mahukan kerajaan memberi jawapan dengan tepat. Saya harap kementerian dapat beri jawapan secepat mungkin kerana ini sesuatu yang mudah dan mereka boleh menjelaskan dengan segera,” kata beliau.

Tiada ulasan: