"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Michael Jackson meninggal dunia


Michael Jackson

GARY, Indiana: Ribuan peminat berdoa dalam satu bulatan di depan rumah Michael Jackson dan ratusan lagi membanjiri di bahu-bahu jalan sebaik saja mendengar berita kematian Raja Pop.

Ada yang meletakkan patung beruang dan jambangan bunga ros di serambi rumah tempat Jackson membesar yang kini tidak didiami.

Jiran-jiran berdekatan juga datang berkumpul menyalakan lilin dan merakamkan mesej takziah kepada Jackson.

"Saya perlu datang ke sini kerana saya akan menangis sekiranya duduk di rumah saya," kata Wyatt Puryear, seorang pemandu trak dari Gary.

Puryear mendakwa dia menamakan anaknya, Michael, sama seperti nama Jackson yang meninggal dunia pagi tadi Los Angeles pada usia 50 tahun.

"Saya membesar bersama dengan Michael Jackson," kata Puryear, 38. "Sejak kanak-kanak, saya menari dan menyanyi sepertinya."

Bernetta Galloway dari Gary berkata, dia terus pergi ke rumah Jackson dari pejabat doktornya sejurus mendengar khabar sedih tersebut.

Galloway, 50, memberitahu penduduk setempat di situ berbangga dengan Jackson kerana dia "berasal dari Gary yang telah merobah kehidupan mereka".

Jackson dilahir di Gary pada 19 Ogos 1958 dan merupakan anak ketujuh daripada sembilan anak. Dia berumur 11 tahun ketika keluarganya berpindah dari bandar itu selepas The Jackson Five merekodkan album pertama pada tahun 1969. AP

BERITA TERDAHULU

Dunia hiburan hari ini digemparkan dengan berita kematian penyanyi yang digelar "Raja Pop" Michael Jackson awal pagi tadi (waktu malaysia). Jackson, 50, bintang yang penuh sensasi dan kontroversi dan digelar “Raja Pop” merupakan satu ikon dan selebriti terkenal di dunia.

Kemasyuran Jackson pernah menjunam dan nama dia jatuh dari takhta berikutan skandal-skandal pelik yang dilakukannya.

Menurut satu sumber, Jackson meninggal dunia di hospital Los Angeles. Punca kematian Jackson dilaporkan sebagai serangan sakit jantung.

Jackson yang tidak bernafas apabila pasukan paramedik Jabatan bomba Los Angeles menjawab panggilan telefon dari rumahnya di Los Angeles kira-kira 12:30 tengahari waktu tempatan (1930 GMT), beritahu Kapten Steve Ruda kepada Los Angeles Times.

Pasukan paramedik cuba untuk merawat dia dan membawa dia ke Pusat Perubatan UCLA, jelas Ruda kepada media.

Capt. Steve Ruda berkata, anggota paramedik cuba menyedarkannya semula dan membawanya ke Pusat Perubatan UCLA.

Ratusan orang ramai berkumpul di luar hospital setelah mengetahui penyebaran berita kematiannya. Pintu masuk kecemasan di pusat perubatan UCLA yang berdekatan dengan rumah sewa Jackson telah di tutup dengan tali oleh pihak polis menggunakan pita polis.

Di New York Times Square, keadaan yang lengang menjadi kecoh dengan kehadiran orang ramai apabila berita kematian Michael Jackson dipancarkan di skrin, dan orang ramai mula menyampaikan berita kematian penyanyi kesukaan mereka itu kepada rakan-rakan melalui telefon bimbit.

Lima anak Jackson - Jackie, Tito, Jermaine, Marlon and Michael - membuat persembahan bersama pertama mereka dalam satu pertandingan nyanyian ketika Micheal berusia enam tahun.


Mereka muncul juara dan seterusnya menjadi kumpulan paling paling popular -
The Jackson Five, dan kemudiannya The Jackson 5.

Michael membuat album sulungnya pada 1972, dan album
Thrillerpada 1982, yang terus menjadi lagu top 10.

Albumnya dijual sebanyak 21 juta di Amerika Syarikat dan sekurang-kurangnya 27 juta di seluruh dunia.

Penerima 13 kali Anugerah Grammy semasa hayatnya bergelut dengan pelbagai kontroversi, termasuklah dakwaannya memeluk Islam serta dituduh mencabul kehormatan seorang budak lelaki pada 1993.

Pada November tahun lalu, akhbar melaporkan, Michael memeluk Islam di rumah seorang rakannya Steve Porcaro di Los Angeles.

Turut hadir pada majlis itu penyanyi Yusuf Islam, pencipta lagu David Wharnsby dan penerbit album Philip Bubal.

Beliau dilaporkan memilih "Mikaeel" - sempena nama malaikat pembawa rezeki - sebagai nama Islamnya.

Abangnya Jermaine dilaporkan berkata, pemegang gelaran “penghibur sepanjang zaman” oleh
Guinness World Records itu menunjukkan kecenderungan untuk memeluk Islam sejak awal 1990-an.

Michael kaya raya apabila album ketujuhnya
Thriller terjual 109 juta keping, membina sebuah rumah mewah di Los Angelas yang dilengkapi dengan taman tema dan zoo persendirian.

Kediamannya itu sering dikunjungi kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan menghidap penyakit yang tidak boleh dirawat.

Di situ beliau bergelut dengan kontroversi yang mendakwa beliau telah mencabul seorang kanak-kanak pada 1993. Beliau diseret ke mahkamah sepuluh tahun selepas itu.

Bagaimanapun, selepas perbicaraan panjang selama dua tahun, mahkamah telah membersihkan namanya dengan mengumumkan beliau tidak bersalah.

Michael menjadi kegilaan anak muda di seluruh dunia dengan suara dan penampilannya yang unik, selain gerak tarinya yang bertenaga di pentas -
dikenali sebagai tarian robot dan moonwalk.

Kematian Jackson membawa kepada satu pengakhiran tragis yang panjang, aneh, dan kadangkala kejatuhan palsu kariernya pada 1980-an. Penyanyi ini berjaya dikenali apabila lagu 'black and white' yang telah memecahkan halangan dalam perkauman di MTV, mengungguli carta-carta dan menyerlah di persembahan pentas.

sumber.mstar/malaysiakini

Ikuti kenyataan resmi oleh abang Micheal, Jermaine Jackson yang juga seorang muslim...
Michael Jackson's Brother Jermaine Remembers

Michael Jackson’s family has issued their first statement on the passing of the entertainment legend.

Jackson’s older brother Jermaine spoke briefly to reporters at UCLA Medical Center on Thursday, just hours after Michael’s passing.

“This is hard,“ he said tearfully before reading a brief statement outlining the events surrounding his brother’s death.

Jermaine Jackson said that it is believed that Michael suffered a heart attack and added that his personal physician, who was with him at the time, immediately attempted to resuscitate him.

When paramedics arrived on the scene he was not breathing and was rushed to the hospital.

“May Allah be with you Michael, always. Love you,“ Jermaine said at the conclusion of the prepared statement.

Tiada ulasan: