"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS: Aktivis PAS bantu mangsa tembakan Selatan Thailand

Mohd Sabri Said

THAILAND, 25 Jun (Hrkh) - Bekas Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang, Zolkifly Mohd Lazim bersama tujuh aktivis PAS Pulau Pinang menyumbangkan RM14,050.00 kepada waris mangsa tembakan dan 14 lagi mangsa yang dirawat di Hospital Narathiwat, Thailand akibat ditembak oleh kumpulan yang tidak dikenali beberapa minggu lepas ketika sedang bersolat jemaah di Masjid Al-Furqan, Kampung Air Tempayan, Sungai Golok baru-baru ini.

Waris Imam yang terbunuh, Wan Mohd Nasir Wan Abdullah berkata, semua waris mangsa sama ada yang meninggal dunia dan masih dirawat mengucapkan jutaan terima kasih pada rombongan berkenaan kerana begitu prihatin terhadap peristiwa yang berlaku.

Sementara itu, Zolkifly dalam kenyataannya pada Harakahdaily berkata, pihaknya juga berkesempatan menziarahi perkuburan mangsa yang terlibat walaupun dikelilingi pasukan keselamatan.

"Alhamdullilah kami serombongan berjaya menyerahkan wang yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada waris mangsa di Kampung Tempayan Air. Mereka rasa syukur kerana rakyat Malaysia begitu prihatin terhadap kejadian yang berlaku di situ, " tegasnya.

Antara mangsa yang terbunuh ialah Imam Masjid A-Furqan, Wan Abdullah Wan Latih 64; Kasim Latih, 60; Yusri Drami, 60; Abdul Razak Abdullah, 50; Haji Yusuf Mohamad Talha, 64; Sulaiman Adam, 64; Ahmad Muqsin, 64; Ramli Abdullah, 23; Suri Ibrahim, 33 dan Haji Dadu Wati, 50.


Tiada ulasan: