"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno tambah tertekan, kecewa keputusan Pakatan Rakyat

Salmiyah Harun

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Keterlanjuran PAS dalam menghadapi isu kerajaan perpaduan akhirnya mendedahkan pengkhianatan Umno apabila Presiden Umno Dato Seri Najib Tun Razak mengakui keikhlasannya bersama parti itu tetapi dalam masa yang sama menuduh seolah-olah PAS mahu menyertai mereka.

"Umno telah lakukan pengkhianatan walaupun Najib sebut keikhlasan PAS (bentuk kerajaan perpaduan) dalam masa yang sama melakukan penyelewengan laporan akhbar mendedahkan seolah-olah PAS nak joint Umno," demikian menurut Naib Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jelasnya, keputusan melalui mesyuarat Pakatan Rakyat mengambil kira semua faktor termasuk kesan isu itu kepada ahli dan penyokongnya.

Keputusan Pakatan Rakyat itu katanya, mengundang kesan politik yang sangat besar sekali gus meredakan keadaan politik dalam pakatan terutama penyokong mereka.

Ekoran daripada isu itu, katanya Umno bertambah tertekan sehingga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup memberi laluan kepada PAS untuk membentuk kerajaan perpaduan tanpa syarat.

"Umno kecewa dengan keputusan ini. Saya sangat sebak dada apabila kita buat keputusan hasil tandatangan ketiga-tiga pimpinan Pakatan Rakyat.

"Banyak 'sms' kita terima dari rakyat Malaysia yang seronok dengan keputusan itu begitu juga kelab penyokong PAS mereka juga menerima baik," katanya.

Beliau turut mengulas keterbukaan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat yang memaafkan Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa sekaligus membersihkan imejnya dan seluruh ahli parti.


Tiada ulasan: