"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Harakahdaily KUALA LUMPUR, 24 Nov: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) semalam hanya

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 24 Nov:
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) semalam hanya mengalami kekejangan otot di bahagian dada dan dijangka akan keluar esok.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu perkara itu kepada Harakahdaily selepas menerima khidmat pesanan ringkas (sms) dari Nasharudin sebentar tadi.

"Dia (Nasharudin) mesej saya tadi, dia bagitahu dia tak ada masalah komplikasi jantung, yang ada cuma kekejangan otot-otot di bahagian dada,"

"Doktor minta berehat, esok dah boleh keluar," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena sewaktu ditemui di lobi parlimen pagi tadi.

Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachock dirujuk ke IJN selepas mengadu sakit dada sewaktu persidangan Dewan rakyat jam 11.45 pagi semalam.

Sejurus selepas itu, beliau dengan ditemani Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar bertemu doktor di klinik parlimen.

Bagaimanapun, selepas melalui ujian electrocardiaogram (ECG), doktor tidak dapat mengenal pasti punca sakit dadanya.

Beliau kemudian dibawa dengan kerusi roda dan kemudiannya menaiki ambulan ke IJN.

Beliau kini dalam keadaan stabil dan masih berehat di IJN.

Tiada ulasan: