"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kemelut Kelantan Selesai. Task Force 2010 Menangis Tak Berlagu

Tulang Besi

Saya dah pernah tulis dalam blog saya ini bahawa Tok Guru Nik Aziz adalah manusia luar biasa. Beliau adalah benar-benar seorang pejuang Islam yang tidak membezakan antara keluarga dan sahabat andai apabila mahu melakukan yang benar. Maklumat yang saya dapat adalah Arifahmi adalah harapan terakhir Task Force 2010/UMNO untuk menjatuhkan Husam Musa dan Tok Guru Nik Aziz.

Nama Ariffahmi disebut berulang-ulang kali sewaktu mesyuarat di Langgar bersama dengan 5 orang pegawai2 JPM sebelum kedatangan Najib Tun Razak ke Kelantan bulan Ogos yang lepas.

Selain dari berbincang bagaimana hendak memerangkap Tok Guru, mereka telah menamakan Arifahmi sebagai faktor utama di dalam memastikan Husam Musa disingkirkan dari Exco dan persada politik Kelantan sama sekali.

Tetapi nampaknya Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Perancangan mereka mahu memerangkap Tok Guru Nik Aziz untuk solat hajat di Stadium Bukit Jalil sempena menolak bala dari wabak selsema babi. Mereka mahu menangkap gambar Najib Tun Razak bersolat jemaah di belakang Tok Guru Nik Aziz dan gambar itu akan disebarkan bagi mengelirukan seluruh ahli dan penyokong PAS yang rata-rata menolak Kerajaan Perpaduan serta kerjasama dengan UMNO.

Pelawaan Najib itu mentah-mentah ditolak Tok Guru.

Selepas itu bermula fasa 2 perancangan Task Force 2010 yakni menyingkirkan Husam Musa dengan menggunakan Ariffahmi. Perancangan tersebut hampir berjaya sebenarnya atas sebab-sebab saya tak mau sebut.

Di dalam mesyuarat yang sama, diperingatkan bahawa Tok Guru tidak boleh dijatuhkan melainkan Husam Musa mesti dijatuhkan terlebih dahulu. Ditakuti Tok Guru akan menamakan Husam Musa sebagai pengganti beliau sekiranya Tok Guru berundur dahulu. Kunci kepada kejatuhan Husam Musa adalah Arifahmi.

Biar saya nyatakan pada mulanya perancangan Task Force 2010 ini nampak seperti akan membuahkan hasil yang positif oleh mereka. Sehingga Mohammad Sayuti Omar pun mula memuji Tok Guru Nik Aziz dalam blog beliau.

Namun, Tok Guru adalah pemimpin yang telah membina serta menjaga PAS selama ini. Dan hubungan beliau dengan Allah SWT adalah amat rapat tidak seperti kita. Tok Guru Nik Aziz berjaya mendapat ilham yang sebenar ke atas tindakan yang sebaiknya yang perlu beliau ambil.

Apabila pada mula nasihat beliau pada Arifahmi untuk letak jawatan tidak diendahkan, maka hari ini, nasihat Tok Guru itu rasmi dinyatakan pada media. PAda hari ini menunjukkan bahawa Tok Guru adalah pemimpin yang sejati kerana boleh ditegur dan boleh dibetulkan.

Arifahmi wajib mengikut nasihat Tok Guru dan jangan cuba melibatkan pihak Istana dalam permasaalahan ini. Cukup sampai di sini sahaja, wahai Arifahmi. Anggaplah ini satu tarbiyyah ke atas kamu.

Saya Tak Peduli Dia Menantu Ke, Anak Ke, Sepupu Ke, Itu Tidak Menjadi Isu

Apa saya peduli apa hubungan kekeluargaan Arifahmi dengan Tok Guru? Kalau Arifahmi ni seorang CEO yang bijak dan mampu mentadbir dengan baik PMBK, saya akan beri 100% sokongan pada beliau.

Nabi Ismail tu ANAK kepada Nabi Ibrahim. Takda pun sapa2 persoal dari sudut nepotisma? Ini kerana walaupun Nabi Ismail anak kepada Nabi Ibrahim, tapi Nabi Ismail telah menunjukkan sifat2 serta watak2 yang setaraf dengan para Nabi2 dan Rasul2.

Jadi tak jadi soal samada berlaku nepotisma atau tidak.

Arifahmi Tidak Sedar Beliau Jadi Alat Task Force 2010

Itu yang kelakarnya. Walaupun nama Arifahmi disebut berulang kali dalam mesyuarat di Langgar tempohari bersama 5 wakil JPM, namun Arifahmi sendiri tidak hadzir dan tidak mengetahui pun yang beliau adalah sebahagian dari konspirasi menjatuhkan Husam Musa.

Apa yang beliau tahu adalah demi survival beliau, Husam Musa mesti dihapuskan. Itu sahaja.

Terdapat beberapa watak dalam PAS Kelantan yang sanggup melacurkan diri mereka demi kepentingan duniawi. Mereka sanggup menjadi budak suruhan UMNO demi mencapai cita-cita jahat mereka yakni meletakkan orang mereka dalam kerusi MB.

Mereka tidak sedar yang tindakan mereka hanya akan menyebabkan Kerajaan Negeri itu sendiri terlepas kepada UMNO dan Barisan Nasional. Sifat ketamakan dan haloba telah menyelimuti pemimpin2 PAS Kelantan ini menjadikan mereka hilang kewarasan dan kebolehan berfikir dengan baik.Mereka sudah tidak dapat membezakan lagi antara yang mana kawan dan yang mana lawan.

Yang penting, Husam Musa mesti dihapuskan kerana berapa banyak kontrak balak dan projek di Kelantan yang Husam halang dari jatuh kepada kroni2 mereka.

Itu sahaja.

Sekurang-kurangnya kita tak boleh kata Arifahmi ini pembelot kepada perjuangan Islam bermakna ada masa untuk beliau bertaubat.

Allah SWT Telah Menurunkan BantuanNya dan Mengagalkan Perancangan UMNO, Task Force 2010 dan Najib Tun Razak

Hasan Ali dipertahankan kerana portfolio exco Hasan Ali akan digunakan untuk memberi projek2 kepada beberapa pimpinan PAS yang dilihat dapat dibeli sesuai dengan perancangan mereka untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor pada 2010.

Sekarang ini pun sudah berjalan dengan rancak pembelian pimpinan2 PAS dengan pemberian projek dan kontrak. Dan pembelian itu akan berterusan sehinggalah cita-cita mereka tercapai, yakni mengadakan kerjasama formal antara PAS dengan UMNO( bukan ahli2 PAS masuk UMNO).

Tapi Allah SWT Maha kaya. Allah SWT tidak rela PAS ditunggang seperti kuda oleh beberapa kerat pemimpin PAS yang telah buta mata dan buta hati dengan kesenangan dunia dan pangkat serta darjat.

Allah SWT telah mengagalkan perancangan mereka di Kelantan dan inshaalah selepas ini di Selangor, Perlis, Terengganu, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan.

Inshalaah Allah SWT tidak akan mempersia-siakan doa orang2 yang ikhlas dalam PAS supaya PAS tidak menyimpang dari jalan yang sebenar.

Nasihat kepada Blogger2 yang Terlebih Memaki Husam

Wahai Aduka Taruna, Manjung Mari dan seangkatan dengan kamu. Anggaplah ini satu pengajaran bagi kamu. Sebelum nak maki Husam Musa, dapatkan maklumat dari dua belah pihak dahulu.

Jangan asyik bergantung maklumat pada satu sumber sahaja. Kan ke sekarang korang dah mempunyai kemaluan yang besar?

Wallahulam bissawab

Tulang Besi ,malaysiawaves.com

Tiada ulasan: