"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemuda PAS teruskan agenda bersama orang muda / Nizar / Zambry / PKFZ

PAS Kampar
Usaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak untuk bersama dengan semua kelompok generasi muda diteruskan atas nama program 'Orang Muda Geng Kita' di Kampar telah dijayakan dengan sempurna.

Kali ini di Kampar, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kampar telah mengadakan Futsal padang yang menarik minat hampir 19 pasukan sekitar Kampar.


Saudara Salman, Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Perak membuat gimik pelancaran dengan menyepak bola ke dalam gol sambil disaksikan oleh hadirin dan Pemuda Pas Kawasan Kampar.


Ketua Pemuda Pas Kawasan Kampar, Saudara Ridzuan mengiringi Saudara Salman untuk beramah mesra dengan orang-orang muda yang menyertai pertandingan anjuran Dewan Pemuda Pas ini.

Sesi bergambar beramai-ramai bersama seluruh kepimpinan Dewan Pemuda Pas yang hadir dan juga orang-orang muda yang menyertai kejohanan ini.

Majlis perasmian pada hari tersebut telah disempurnakan oleh Salman Saleh, Naib Ketua Pemuda PAS Perak. Turut hadir adalah Ustaz Haji Shuaid Hussien, Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kampar dan Ridzuan Rashid, Ketua Pemuda PAS Kampar merangkap Exco Pemuda PAS Perak.

'Futsal ini sebagai medan kami untuk bersama peminat-peminat sukan ini bersama Pemuda PAS dan sukan bukan sebagai penghalang untuk kami bersama' tegas Ridzuan di dalam ucapannya.

Salman pula merasakan bahawa pendekatan 'Orang Muda Geng Kita' ini adalah membuktikan semua pihak terutama generasi muda akan terus bersama PAS dan sukan futsal ini sebagai buktinya.

'Pemuda PAS akan terus mencari mekanisma untuk bersama semua kelompok orang muda tanpa mengira latar belakang mereka' tegas Salman.

Pemuda PAS Perak telah merancang pertandingan futsal ini di semua kawasan Parlimen di negeri Perak pada tahun ini. Bagi pertandingan akhir juara-juaranya akan berlangsung pada pertengahan bulan Disember ini.

Tiada ulasan: