"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Selangor Rugi RM800 Juta Kerana Khir Toyo / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Salhan K Ahmad
Kerajaan Selangor masih belum mendapat hasil sejumlah RM800 juta, seperti dijanjikan oleh pentadbiran BN sebelum ini, yang sepatutnya telah berjaya dikutip daripada empat projek penghutanan semula seluas 10,900 hektar.

Kegagalan projek bawah syarikat kerajaan negeri Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu pendedahan kedua Menteri Besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim melalui dokumen yang dikeluarkan oleh pejabatnya hari ini.

Khalid berkata, seperti juga risalah yang diedarkan pada Selasa, pendedahan maklumat mengenai projek penghutanan semula ini dibuat bawah bidang kuasanya seperti diperuntukkan dalam Seksyen 2(C) Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Jelasnya, keempat-empat projek yang dipajakkan secara konsesi oleh PKPS kepada 12 syarikat itu terletak di empat kawasan hutan simpan di daerah Hulu Langat.

Bercakap dalam sidang media selepas sidang DUN Selangor hari ini, Khalid berkata menteri besar terdahulu Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo telah menjanjikan pulangan sebanyak RM800 juta daripada projek tersebut.

"Sekarang ini perkataan juta pun tidak ada," katanya, sambil menjelaskan pendapatan itu sepatutnya diperolehi melalui kutipan royalti daripada hasil balak yang ditebang serta hasil pajakan.

"Saya harap dengan pendedahan ini rakyat Selangor akan dapati negeri kita akan bertambah baik tanpa projek-projek ini," katanya.

Tambahnya, projek-projek berkenaan telah diluluskan semasa pentadbiran BN tanpa melalui proses tender.

"Apa yang menarik, tanah-tanah di Selangor ini bukan diberi kepada orang sini tetapi orang Melaka," kata Khalid lagi.
http://www.malaysiakini.com

Tiada ulasan: