"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kumpulan Liow Tetap Mahu EGM 28 Nov / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini mempertahankan tindakan kumpulannya memanggil mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA yang baru pada 28 November ini untuk mendesak supaya diadakan pemilihan parti yang baru.

Bercakap kepada media di sidang akhbar yang turut dihadiri lapan ahli parlimen MCA di lobi parlimen hari ini, Liow berkata EGM yang dicadangkan itu adalah sah dan dipanggil mengikut perlembagaan parti.

Beliau menolak kenyataan setiausaha agung MCA, Datuk Wong Foon Meng bahawa EGM yang dicadang itu "bertentangan dengan perlembagaan parti".

EGM itu dipanggil oleh 16 anggota jawatankuasa pusat (CC) MCA, termasuk naib presiden Tan Kok Hon, ketua Pemuda Datuk Wee Ka Siong dan ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun.

Mengikut perlembagaan parti itu, EGM boleh diadakan melalui tiga cara - atas arahan presiden, diminta oleh satu pertiga anggota CC atau satu pertiga perwakilan pusat.

Liow sebelum ini berkata beliau percaya pemilihan baru parti adalah satu penyelesaian bagi membina integriti parti itu.

Turut hadir di sidang akhbar itu ialah Wee, Chew dan bekas setiausaha agung, Datuk Ong Ka Chuan.

Ong juga menegaskan bahawa EGM yang dicadangkan itu mematuhi perlembagaan parti.

"Menurut Artikel 30(2) perlembagaan parti, satu pertiga anggota jawatankuasa pusat, boleh memanggil EGM," katanya.

"Kami ingin menegaskan bahawa sebagai ahli Parlimen, EGM itu adalah sah dan mengikut perlembagaan. Ia akan dijalankan dengan sempurna pada 28 November... ia adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah dalaman MCA," kata Liow.

"Jadi, adalah jelas bahawa EGM itu tidak melanggar perlembagaan. Proses memanggil EGM itu adalah telus... agendanya juga mengikut Artikel 27, yang menyebut bahawa EGM boleh membincang sebarang tajuk. Kali ini tajuknya ialah isu pemilihan baru parti," tambahnya.

Beliau memberi jaminan kepada 2,380 perwakilan MCA bahawa mereka tidak perlu bimbang tentang kesahihan EGM tersebut.

Liow pula dengan yakinnya berkata, EGM yang bakal diadakan itu akan dapat menyelesaikan semua masalah dalaman parti.

"EGM adalah hak perwakilan dan ia tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun, walaupun presiden," kata Liow.

Wee pula berkata EGM itu akan membincangkan dua resolusi:

- Mendapat mandat baru dari perwakilan untuk mengadakan pemilihan baru parti.

- Membatalkan pemecatan empat anggota jawatankuasa pusat dan semua janji yang dibuat oleh presiden.

http://www.malaysiakini.com

Tiada ulasan: