"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS Tidak Boleh Ditegur / Nizar / PKFZ / Altantuya

ramziredang
Setelah seminar selesai, pada pendapat saya hanya satu kesimpulan yang tepat dapat disimpulkan dari persepsi orang yang mengikuti perkembangannya. Yang jelas dan nyata adalah : tidak payah bersusah payah menegur PAS, PAS sudah elok dan sempurna.

Tentu sahaja akan ada pula yang menjawab, bukan tidak boleh ditegur, tetapi gunalah cara berhemah jika hendak menegur PAS. Jadi, kalau hendak menegur PAS, tanyalah Ustaz Kocik bagaimana caranya kerana Kocik sangat sentimen dengan orang yang menegur

Kenapa ramai pemimpin PAS tidak faham apa itu persepsi? Kenapa ramai pemimpin PAS tidak mengkaji apa persepsi pengundi terhadap PAS? Jika persepsi pengundi terhadap PAS adalah buruk, apakah silap persepsi tersebut atau silap pengundi?

Jika baju yang anda pakai dilihat tidak sesuai dari pandangan ramai, apakah silap persepsi tersebut ataupun anda sendiri yang silap. Rasanya dalam isu pandangan orang ramai terhadap PAS, pemimpin PAS sering menafikan pandangan tersebut. Penafian hanya dengan kata kata, tanpa membuktikan dengan langkah dan perancangan yang rapi.

Jika Islam yang dibawa PAS dipandang menggerunkan oleh pengundi, PAS sering beralasan UMNO yang merosakkan imej Islam. Segala hujah yang mengatakan UMNO yang merosakkan imej Islam dapat PAS manifestasikan dalam gerak kerja PAS dan kemesraan PAS mendekati pengundi bukan melayu. Alhamdulillah setakat ini PAS telah berjaya meyakinkan bukan Islam bahawa Islam bukanlah buruk sepertimana digambarkan oleh UMNO selama ini.

Maknanya di sini apapun persepsi buruk samada ianya benar atau tidak, fitnah atau realiti, hanya dapat dibuktikan dengan perbuatan yang menafikan persepsi itu sendiri.

Bagi saya seminar yang telah berlalu sangat berjaya. Berjaya menggambarkan bahawa PAS memang tidak boleh ditegur. Kepada pengkritik pengkritik PAS saya nasihatkan berhentilah menasihati PAS. Ternyata PAS telah 'sempurna'. Atau jika anda hendak juga menegur, mintalah panduan dari pemimpin PAS cara cara menegur PAS. Tanyalah sekali apa yang patut ditegur dan apa yang tidak patut ditegur.

Kekadang untuk mententeramkan hati, teringat saya dengan pepatah orang tua 'biarlah si luncai terjun dengan labu labunya'. Semoga PAS tidak menjadi parti 'syok sendiri'. Sama samalah kita tunggu rumusannya pada PRU13.

Tiada ulasan: