"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lim Guan Eng jawab tuduhan malam ini

Mohd Sabri Said
BAYAN BARU 12 Feb:
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan ceramah 'Tolak Fitnah' yang akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibung malam ini jam 8.00 malam.

Ceramah tersebut akan membariskan kepimpinan kerajaan yang diketuai oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Beliau dijangka akan menjawab semua pertuduhan yang ditujukan kepada dirinya serta kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang akan genap dua tahun 8 Mac depan.

Antara pertuduhan yang dilemparkan kepada kepimpinan Lim sejak akhir-akhir ini ialah bersifat
diktator dan perkauman sehingga mengakibatkan peniaga melayu tersisih atau dipaksa
merobohkan gerai kerana mahukan perubahan.

Lim juga terpaksa berhadapan dengan ragam dua Ahli Parlimen iaitu Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim dan Ahli Parlimen Nibung Tebal, Tan Tee Beng yang baru sahaja mengumumkan keluar PKR dan menjadi bebas.

Antara yang turut dijemput menyampaikan pidato ialah Naib Presiden PAS, Dato' Haji Mahfuz Haji
Omar, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mansor Othman serta beberapa orang exco.

Rakyat negeri ini turut diminta hadir beramai-ramai ke Tapak Pesta Sungai Nibung.

Tiada ulasan: