"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Datuk saudara setan

TEMERLOH: Datuk saudara setan. Itu gelaran kepada seorang buruh binaan tergamak mencabul cucu saudaranya.

Kejadian itu berlaku sejak November 2009 hingga Februari 2010 sepanjang mangsa berusia enam tahun tinggal bersama datuk saudaranya, di Kampung Busut Jin, Mentakab, dekat sini.

Sebelum kejadian, mangsa tinggal bersama ibunya di Kuala Lumpur dijemput bapanya sebelum bertandang ke rumah lelaki berkenaan untuk bercuti.

Sepanjang tinggal di rumah itu, lelaki terbabit melakukan perbuatan jijik berkenaan ketika bapa kanak-kanak itu tiada di rumah.

Difahamkan, rahsia perbuatan terkutuk lelaki itu terbongkar apabila mangsa menceritakan kepada ibunya selepas pulang ke Kuala Lumpur mengadu sakit di kemaluan.
Suri rumah terbabit bersama anaknya membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed, semalam mengesahkan menerima laporan.
-hmetro-

Tiada ulasan: