"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Keterangan Dalam Selcat Boleh Dijadikan Sandaran Siasatan SPRM

SHAH ALAM, 19 MEI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dicadang menggunakan keterangan dalam Jawatan Kuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban & Ketelusan Negeri Selangor (Selcat) untuk dijadikan sandaran siasatan mereka.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berharap SPRM akan menjadikan Selcat sebagai medan untuk perkembangan siasatan dakwaan penyelewengan melibatkan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd (KSSB).

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Exco, Tan Sri Khalid yakin SPRM berminat untuk mengikuti perkembangan ketika Selcat berlangsung.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kapar S Manivasagam mendakwa memiliki bukti berkaitan kakitangan KSSB terlibat dalam rasuah tetapi enggan bekerjasama dengan SPRM.

Manikavasagam enggan menyerahkan bukti kepada SPRM berikutan badan ini didakwa mengamal siasatan berpilih termasuk gagal menyiasat dakwaan penyelewengan tanah di Kampung Perepat, Klang.

Khalid berkata, SPRM boleh berbuat membuat siasatan lanjut seterusnya melakukan pendakwaan berpandu keterangan dalam Selcat kerana jawatankuasa ini tidak memiliki kuasa pendakwaan.

“Sudah tentulah saya rasa SPRM akan berminat dengan kenytaaan yang dibuat dalam Selcat. Mereka juga boleh digunakan untuk membuat penyelidikan dan usaha untuk membanteras salah guna kuasa," katanya.
-tvselangor-

Tiada ulasan: