"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengawal istana Kelantan ditembak meninggal dunia awal pagi ini

G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 19 Mei:
Pengawal istana Kelantan Ramli Mohamad yang ditembak oleh individu tidak dikenali pada 1 Mei lalu meninggal dunia awal pagi.

The Malaysian Insider difahamkan Allahyarham Ramli meninggal dunia kira-kira pukul 3 pagi tadi.

“Pengawal istana Kelantan telah meninggal dunia pagi ini, kira-kira 3 pagi tadi,” kata sumber istana Kelantan ketika dihubungi sebentar tadi.

Semalam Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, “pada masa ini keadaan beliau agak kritikal dan mengikut maklumat yang saya terima terdapat jangkitan kuman kepada beberapa organ penting beliau.”

Beliau melawat Ramli yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini petang semalam.

Peluru pada badan Ramli dikeluarkan hampir seminggu selepas ditembak.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: