"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS buktikan ianya bukan parti perkauman

Mutaligat
PAS membuktikan bahawa ia bukan parti perkauman seumpama Umno, MIC, MCA, SUPP dan lain-lain.

Semalam PAS secara rasmi mengumumkan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub ketika mengumumkan penubuhan DHPP bagi menggantikan Kelab Penyokong Pas sebagai sayap baru parti berkata, ia adalah perkembangan positif bagi melahirkan gagasan yang lebih besar, sekali gus mengiktiraf DHPP setanding dengan Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat.

Menurutnya, pelancaran DHPP akan di sempurnakan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang pada 23 Mei ini di Dewan Serba Guna Pejabat Daerah dan Tanah, Klang.

Katanya, DHPP yang diwujudkan mengikut fasa 26 Perlembagaan Parti tanpa perlu merujuk kepada Pendaftar Pertubuhan sebagai aktiviti untuk melicinkan parti.

Dengan itu sah bahawa PAS membuktikan apa yang dikatakan iaitu akan memberi hak untuk bukan Islam menjadi anggota PAS yang diiktiraf di sisi perlembagaan parti. Malah PAS sedang mengkaji untuk membenarkan rakyat yang bukan Islam mewakili PAS pada mana-mana pilihanraya akan datang.

Tiada ulasan: