"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tengkorak buruh ditembusi besi (Gambar)

GAMBAR menunjukkan pancang besi menembusi tengkorak Leite.
RIO DE JANEIRO: Beberapa doktor menyatakan seorang pekerja binaan berusia 24 tahun terselamat walaupun selepas sebuah pancang besi berukuran 1.8 meter menimpa dan menembusi kepalanya.

Seorang pegawai Hospital Miguel Couto di sini memberitahu rangkaian televisyen tempatan Globo, sepasukan doktor mengeluarkan besi itu daripada tengkorak mangsa, Eduardo Leite dalam satu pembedahan yang mengambil masa selama lima jam.

"Satu keajaiban telah berlaku kerana Leite selamat dalam insiden tersebut," katanya.

Batang besi itu, katanya, jatuh dari tingkat lima sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di sini.

Pancang tersebut menembusi belakang tengkorak. Kemalangan dan pembedahan itu dilakukan pada Rabu lalu.
 -Agensi-

Tiada ulasan: