"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Belanjawan biliob-bilion, barang kat hospital pun tak dak

Penarik Beca
Orang banyak bercakap fasal Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. saya nak cakap apa? saya bukan reti ekonomi.

Yang saya teringat dua perkara yang saya dengar cerita. Pertama, cerita guru-guru di sekolah. Depa kena pakai duit sendiri untuk tugas-tugas rasmi.

Nak fotostat, nak beli alat bantu mengajar dan sebagainya. saya cerita takat saya dengar ja. Nak tau lebih lanjut tanya depa la.

Kedua, baru-baru ni, seorang kawan saya masuk Hospital Selayang. Sekali tu, dia dengar doktor-doktor termasuk doktor pakar merungut di depan dia: "Orang tak tau masalah kami. Barang tak ada. Barang tak ada sebab peruntukan tak ada. Dah lama dah macam ni".

Kawan saya tu terus kata: "Tukar kerajaanlah". Salah seorang dari doktor tu jawab: "Tak kisahlah. Nak tukar kerajaan pun, tukarlah".

Belanjawan bilion-bilion. Dulu-dulu, masa zaman melawan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), puak-puak penentang Pak Lah di dalam Umno selalu menempelak: "Where is the money?" Hari ini, puak tu yang terdiri dari orang-orang Tun Dr Mahathir Mohamad dan kini ramai yang jadi orang Najib, sibuk memutar kata untuk membela Najib. Ramai juga yang meniru Dr Mahathir dan terus membelasah dan menyalahkan Pak Lah atas apa sahaja yang berlaku di zaman Najib ni.

Malangnya, lebih ramai yang tak percaya dari mempercayai mereka

Tiada ulasan: