"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jamaluddin Jarjis terima elaun Ahli Parlimen tertinggi

Jamilah Kamarudin
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis disenarai sebagai Ahli Parlimen yang menerima elaun paling tinggi iaitu sebanyak RM27,227.20 sebulan.
Ahli Parlimen Rompin itu menerima jumlah elaun bulanan selaras dengan tugasnya sebagai Duta Khas Amerika Syarikat di bawah Pejabat Perdana Menteri.

Perkara itu dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengenai senarai agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Suruhanjaya, Perbadanan dan Lembaga yang melibatkan Ahli Parlimen atau bekas Ahli Parlimen serta jawatan dan elaun yang dibayar.

Dalam jawapannya kepada Ahli Parlimen DAP-Batu Gajah Fong Po Kuan, Nazri berkata sebanyak 16 orang serta bekas Ahli Parlimen terlibat sebagai angota agensi kerajaan, GLC, Suruhanjaya, Perbadanan, dan Lembaga dalam pelbagai kapasiti di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Jamaluddin bagaimanapun menurut Nazri tidak menerima sebarang elaun dengan menjadi Pengerusi Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Berhad.

Selain Jamaluddin, turut tersenarai bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yang menjadi Duta Khas ke India dan Asia Selatan dalam bidang infrastruktur dengan menerima jumlah elaun bulanan yang sama.

Manakala bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting yang juga Ahli Parlimen Kulai itu menerima elaun RM20,000 apabila dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China.

Selain itu, bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim turut dinamakan dengan menjadi Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dengan elaun RM24,022.

Turut tersenarai Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin yang memegang jawatan sebagai Penasihat Agama kepada Perdana Menteri dengan pendapatan elaun RM25,106 sebulan.

Sementara itu, bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi turut tersenarai menerima elaun RM20,000 sebulan atas kapasitinya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Tidak ketinggalan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi Penasihat Pembangunan Wilayah Ekonomi di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas) dengan pendapatan RM10,000 sebulan serta RM3,000 sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim).

Tiada ulasan: