"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kapitalis berjenama Islam

Syed Abdullah Osman Jamalullail
Mengapa pelanggan yang membuat pinjaman melalui Bank yang menggunakan kaedah cara Islam dinegara ini masih mengenakan 'faedah' yang tinggi apabila untuk membuat bayaran melangsai kesemua hutang itu. Umpamanya hutang membeli rumah RM300 ribu yang harganya menjadi RM700 ribu apabila diakadkan jual beli secara Islam, dengan alasan harga pasaran 25 tahun akan datang adalah RM700 ribu.

Selepas lima tahun meminjam dan pelanggan ingin menjelaskan baki hutang secara sekaligus, bayaran yang dikenakan yang dikenakan masih melebihi RM600 ribu. Tidakkah ini serupa dengan hutang secara konvensional yang ada unsur riba' didalamnya? Sepatutnya apabila menggunakan kaedah cara Islam apabila menjelaskan kesemua bayaran baki hutang hendaklah membayar apa yang diperoleh semasa menerima jumlah hutang tersebut.

Bukankah ajaran Islam itu adalah untuk memudahkan umatnya dan bukannya menindas atau menyusahkan umat. Hal ini kerana agama Islam adalah panduan yang terbaik yang datangnya daripada Allah yang dibawa ajarannya oleh Rasulullah SAW.

Kita tidak mahu ada lagi saki baki kaedah cara Yahudi terselit walaupun secebis di dalam kaedah cara Islam ini kerana itu adalah pekerjaan mereka untuk memesongkan akidah kita secara halus dan bermotif.

Kita juga tidak mahu menjadi seperti umat Nabi Musa yang diceritakan dalam al-Quran iaitu helah untuk menghalalkan tindakan mereka. Turun larangan Allah iaitu dilarang menangkap ikan pada hari Sabtu. Mereka menggunakan helah iaitu memasang pukat pada petang hari Jumaat dan mengambil hasilnya pada pagi Ahad dan beranggapan mereka terlepas daripada perintah. Allah menurunkan bala terhadap umat ini.

Oleh itu, saya berpandangan, janganlah mempergunakan sistem kapitalis yang dijenamakan atas nama Islam untuk keutungan yang sedikit di dunia ini.

1 ulasan:

Faiz Saaid berkata...

nak buat cmana, mau untung MA