"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pesta Arak : Ketua Ulamak MELAKA Selar Pimpinan PAS

Selatan Online
Kita wajib melihat dari sudut pandangan syariat Islam kerana syariat Islam adalah benar. Arak adalah penyakit yang merosakkan manusia dan tamaddun. Islam datang untuk menyelamatkan manusia dengan ajarannya yang bijaksana dari bahaya yang dibawa oleh arak. Lantaran itu Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Maaidah ayat 90 bermaksud:

Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, (pemujaan untuk) berhala, Dan bertilik nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu berjaya. Dalam ayat tersebut Allah membariskan kekejian Arak itu sebaris dengan kekejian syirik lantaran kedua-duanya adalah amalan syaitan."

Pemimpin-pemimpin PAS sepatutnya mempunyai pendirian yang jelas dalam ucapan dan tindakan berpandukan Islam dan bukan berpandukan akal yang lemah, apabila bercakap soal hukum. Mereka sepatutnya membawa rahmat kepada manusia dan bukan menjerumuskan mereka ke dalam budaya ketagihan Arak yang merosakkan manusia. Islam datang untuk membimbing seluruh manusia, bukan orang-orang Islam sahaja. Membimbing dengan wahyu dan ilmu, bukan dengan akal yang menyesatkan.

Pesta Arak yang merupakan budaya negatif sepatutnya ditentang sebagaimana kesungguhan menentang kenaikan harga minyak. Keinginan untuk minum Arak oleh Non Muslim tidak diganggu oleh Islam tetapi menjadikannya pesta dan budaya yang dianggap positif adalah sangat membahayakan Negara dan rakyat keseluruhannya. Islam menentang seluruh bentuk kekejian dan penyelesaian Islam tidak bersekongkol dengan sebarang bentuk kekejian dan kezaliman.

Oleh itu saya menyeru kepada kerajaan negeri Selangor agar memastikan pesta keji ini tidak diteruskan demi mematuhi perintah Allah dan menyelamatkan rakyat berbilang bangsa dari wabak ketagihan arak yang menghancurkan peribadi, keluarga dan negara.

Zulkifli Ismail Muhammad
Penulis Buku Ancaman Bahaya Sekularisme.
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka.

2 ulasan:

anak jawa johor berkata...

Seloangor tak boleh dan selar PASSelangor. Melaka boleh dan diamkan saja maksudnya PAS Melaka menyokong Oktoberfest Melaka ???

la taqyin berkata...

Jika dikatakan penganut agama lain di malaysia dibenarkan minum arak,
Persoalannya,
Mana dalil dlm bible,org kristian dibenarkan minum arak?
Mana dalil dlm kitab hindu,org hindu dibenarkan minum arak?
Mana dalil dlm kitab buddha,org cina dibenarkan minum arak?
Mmg xkn jmpa ayat2 yg mbenarkn minum arak dlm kitab2 tersebut.
Justeru itu,dimana logiknya dibenarkan menjual,minum dan berpesta arak kpd org2 selain islam?
Sedangkan mengikut rukun negara,pekara no 1 adalah kepercayaan kepada Tuhan,x kira la agama apa pun,wajib pecaya kpd Tuhan,
Jika bangsa2 itu x pecaya kpd Tuhan,dan tidak mengikut ajaran agama mereka yg tidak mbenarkan minum arak,dan penguasa beragama islam mbenarkn mereka berleluasa dgn arak,betulkah tindakan penguasa?
Org yg atheist,tidak pecaya kpd Tuhan tidak diterima sbg warganegara jika mengikut rukun negara.
Sila pikir..