"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tipu 1Malaysia: Mana janji turunkan harga kereta?

Adam Abu Bakar
turunkan harga kereta1Sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, pihak Kerajaan dalam manifestonya telah menjanjikan untuk menurunkan harga kenderaan.
KUALA LUMPUR: Dalam Bajet 2015 yang dibentang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, langsung tidak membentangkan mengenai penurunan harga kereta.
Menurut Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat, sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, pihak Kerajaan dalam manifestonya telah menjanjikan untuk menurunkan harga kenderaan.

“Dalam pembentangan bajet semalam, memang langsung tidak dibentangkan mengenai penurunan harga kenderaan,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, hari ini.

Dalam pada masa yang, Suhaizan turut menyatakan bahawa pihak Kerajaan langsung tidak menyatakan insentif lain bagi mengawal harga rumah.

“Walaupun ada perancangan mengenai insentif untuk anak muda membeli rumah, tetapi, langsung tidak ada insentif untuk mengawal harga rumah,” ujarnya.

Selain itu, walaupun bahan api tidak dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tetapi kerajaan tidak memberi jaminan bahawa harga minyak akan kekal.

“Walaupun GST tidak dilaksanakan lagi, tetapi harga minyak sudah dinaikkan. Bagaimana pula nanti apabila GST dilaksanakan? soalnya.

Tiada ulasan: