"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rafizi nasihat Ahli PKR yang tak berapa cerdik jangan campur urusan dalaman PAS

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata PAS patut diberi ruang dan hak untuk menguruskan hal dalaman mereka berkaitan hukuman terhadap dua ADUN Selangor mereka.
Beliau yang enggan memberi komen perkara tersebut menegaskan walaupun mempunyai hubungan rapat dengan dua ADUN tersebut, beliau menganggap hal itu merupakan hal peribadi dan bukan hal parti.
"Jika hal ini berlaku kepada PKR, saya fikir rakan Pakatan patut gunakan hak untuk tidak masuk campur.

"Saya fikir kita harus menetapkan sempadan antara perkara peribadi dan perkara parti dan dalam hal ini, ia menjadi hak mereka (PAS) untuk membuat keputusan," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Semalam PAS menggantung selama setahun keahlian ADUN Hulu Kelang Saari Sungib dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin ekoran menyokong Presiden PKR Datuk Dr Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan itu dibuat setelah dibincangkan dalam mesyuarat Pusat PAS semalam yang dipengerusikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berdasarkan fasal 82(6) Perlembagaan PAS.

Kedua-dua ADUN itu boleh merayu secara bertulis terhadap keputusan itu kepada Majlis Syura dalam tempoh 15 hari.

Shaari dan Hasnul sebelum ini menyatakan sokongan, termasuk menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Azizah sebagai menteri besar baru bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum PAS membuat pendirian.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: