"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Giliran 2 wanita Melayu ini pula masuk DAP

EILEEN NG
Norazimah Mohd Nor, 40, (kiri) dan Siti Sapura Mohd Hashim, 38, bercakap kepada wartawan selepas secara rasmi menjadi ahli DAP di ibu pejabat DAP, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 27 Julai, 2015.
Norazimah Mohd Nor, 40, (kiri) dan Siti Sapura Mohd Hashim, 38, bercakap kepada wartawan selepas secara rasmi menjadi ahli DAP di ibu pejabat DAP, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 27 Julai, 2015.

DAP hari ini menerima kemasukan 2 lagi ahli Melayu ke dalam partinya yang selama ini dikatakan sebagai "cauvinis" Cina.

Dua wanita Melayu itu ialah aktivis reformasi Norazimah Mohamad Noor yang merupakan seorang peniaga dan Siti Sapura Mohd Hashim.

Kedua-duanya menyerahkan borang keahlian mereka kepada Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan berkata kepercayaan mereka dalam parti tersebut demi memperjuangkan keperluan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

"Menyedari aspirasi kami untuk rakyat tanpa mengira kaum, budaya dan agama.
"Kami percaya DAP sudah membuktikan usaha mereka untuk memperjuangkan keperluan rakyat," kata Norazimah yang dikenali sebagai Nora pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur pagi ini.

Norazimah, yang menjual pakaian wanita di Bazaar Melayu di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur berkata beliau pertama kali bertemu dengan pemimpin DAP, yang sudah lama menjadi ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Loon pada tahun 2000.

Pada ketika itu Fong membantu Norazimah dan rakan-rakan peniaga yang lain untuk mendapatkan lesen berniaga daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ketika itu, pegawai DBKL merampas barangannya dan 140 peniaga lain kerana menjalankan operasi terhadap perniagaan tanpa lesen.

Bagaimanapun, Siti Sapura, 38, yang bekerja sendiri tidak begitu lantang bersuara dan hanya berkata beliau percaya kepada perjuangan DAP.

The Malaysian Insider melaporkan semalam anggota Melayu DAP menafikan menyertai parti itu hanya untuk menjadi "pak turut".
-malaysianinsider-

1 ulasan:

Unknown berkata...

Demokrasi parti demokrasi....betul tu...nak harap parti melayu...x payah la...dorang tolong saudaramara jer...parti melayu ketuanya penyamun tarbus........taniah....norazimah n siti sapura teruskan perjuangan