"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib takut jumpa MT? mesyuarat MT, perjumpaan Umno dibatalkan

Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno - yang pertama sejak pengguguran beberapa menteri semalam - yang dijadual diadakan pada Jumaat ini, dibatalkan.

Pembatalan itu dimaklumkan melalui sepucuk surat dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansorpetang ini.

“Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dijadual akan diadakan pada 31 Julai (Jumaat ini) telah dibatalkan.

“Saya memohon maaf di atas kesulitan yang timbul, sekian terima kasih,” kata Tengku Adnan dalam surat berkenaan.

Mesyuarat itu sepatutnya diadakan pada Jumaat dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengesahkan akan menghadirinya.

Kedua-dua mereka digugurkan daripada kabinet Datuk Seri Najib Razak semalam.

Najib melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagaipengganti Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri.

Sementara itu dalam surat berasingan, Tengku Adnan turut mengumumkan majlis taklimat tertutup yang sepatutnya diadakan bagi membincangkan isu semasa serta sambutan hari raya - juga Jumaat ini - turut dibatalkan.

Najib turut dijadual menghadiri majlis berkenaan.

Taklimat tertutup dan perjumpaan sempena Aidilfitri itu menghimpunkan ketua bahagian serta jawatankuasanya, selain kepimpinan wanita, pemuda dan puteri parti itu.

“Ibu pejabat Umno memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul,” kata Tengku Adnan dipetik dalam surat berkenaan.

Ketua Bahagian Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee (kiri) ketika dihubungi Malaysiakinimengesahkan bahawa beliau dimaklumkan mengenai pembatalan perjumpaan tersebut melalui aplikasi Telegram.

Malaysiakini telah menghubungi Tengku Adnan berhubung alasan di sebalik pembatalan mesyuarat dan sedang menunggu maklum balas
-malaysiakini-

Tiada ulasan: