"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Berpantang maut sebelum ajal, budak selamat dari dirempuh kereta api (video)


Sebuah video menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan bernasib baik terselamat dirempuh oleh kereta api dalam hanya beberapa saat sahaja.

Dalam rakaman kamera litar tertutup(CCTV) memaparkan kanak-kanak terbabit leka bermain gegelung di stesen keretapi tersebut bersama rakannya sebelum gegelung itu terjatuh ke landasan.

kanak-kanak terbabit dilihat turun ke landasan bagi mendapatkan semula gegelung miliknya tetapi gagal untuk memanjat naik semula ke platform dan ketika itu sebuah kereta api sudah menghampiri stesen berkenaan.

Namun tindakan seorang wanita yang melihat kejadian itu dengan cepat menarik kanak-kanak tersebut menjadikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku.
-kinitv-

Tiada ulasan: