"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video makcik UMNO tuduh Najib ‘kuat kencing’, nasihat pergi berubat yang jadi viral


Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata tidak akan berundur daripada kedudukannya kerana tiga juta anggota parti itu berdiri di belakangnya.

Bagaimanapun, jika diperhalusi di peringkat akar umbi, suasananya mungkin tak seindah disangkakan.

Perkara itu antaranya tergambar dalam ucapan seorang anggota Wanita Umno, yang dilaporkan dilontarkan dalam mesyuarat Wanita Umno Langkawi pada Ahad.

Dalam ucapan keras dan bernada tinggi itu, Anina Saaduddin, tuan punya badan berkata tiga juta anggota Umno kini menjadi mangsa “kencing” Najib.

“Datuk Seri presiden dah kencing tiga juta ahli Umno. Dia kata tiga juta ahli Umno sokong penuh kepimpinan beliau.

“Saya minta MT (Majlis Tertinggi) Umno bawa Datuk Seri Najib pi (pergi) berubat,” katanya.

Walaupun tampil garang, Anina bagaimanapun menegaskan bahawa beliau tetap menyokong Umno walau apa yang berlaku.

“Saya sokong Barisan Nasional. Demi Allah saya Umno. Walau apa pun saya pangkah Barisan Nasional.

“Saya mengkritik kerana saya sayangkan Barisan Nasional. Saya sayangkan Umno,” katanya.

Justeru, beliau meminta kesetiaannya tidak dipertikai susulan ucapan itu.

“Jangan pertikai kesetiaan saya kepada Barisan Nasional kepada Umno tapi kita lihat kepada presiden kita yang sedang kencing kita setiap hari. Setiap hari kencing kita,” katanya.

Daripada cara dan kualiti rakaman, ucapan Anina itu dipercayai dibuat dengan telefon bimbit.

Setakat berita ini ditulis, ia sudah ditonton lebih 200,000 orang.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: