"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warkah Cinta Bersulam Duka Buat Mat Sabu

Ahmad Syakir Bin Mohd Nassuruddin
Menemui ayahanda Tuan Haji Mat Sabu yang anakanda amat sayangi, maafkan anakanda kerna menukilkan satu warkah khas buat ayahanda saat kami anakanda kadermu sedang kepeningan di awangan dek realiti yang terbentang di mata kepala. Saat lahirnya warkah ini, bukan untuk mengotorinya dengan kata cercaan namun dengan penuh rendah diri anakanda menagih sebuah harapan lama yang ayahanda titipkan kepada kami suatu masa dahulu.
Ayahanda, kredibiliti yang ditonjolkan oleh ayahanda suatu ketika dahulu tidak perlu untuk dipertikaikan. Izinkan anakanda pula menghidangkan sebuah hidangan lama yang pernah dihidangkan oleh ayahanda. Saat ayahanda pesonakan kami dengan siri gegaran pentas ceramah, ayahanda disambut dengan laungan ‘Takbir’ dan ‘Allahuakbar.’ Betapa besarnya jiwa ayahanda ketika itu.
Ketika ayahanda menjadi hulubalang kelas pertama dalam bahtera ini, ayahanda ditarbiyah oleh seorang sang murabbi yang kebal dan dipenuhi perbendaharaan ilmu. Diri ayahanda dipersiap secara rohani dan jasmani bak kereta kebal utuh, walaupun insan yang pernah mentarbiyah ayahanda akhirnya membuka langkah besar melakukan lompatan jarak jauh dan terus mendarat di lapangan yang bernama UMNO, ayahanda tetap istiqamah dalam bahtera ini.

Ayahanda dinobatkan oleh ahli PAS sebagai pelapis pemuda yang bakal menyinari politik Tanah Air suatu hari nanti (sekarang). Lihatlah rentetan pilihanraya yang diceburi oleh ayahanda. Masih ingatkah lagi saat ayahanda diamanahkan oleh parti untuk bertanding lawan Tun Abdullah Badawi di parlimen Kepala Batas secara tiga penjuru iaitu PAS vs BN vs DAP? Tapi ayahanda kekal istiqamah walaupun kalah secara terhormat. Ingatkah lagi saat dipertanggungjawabkan oleh parti sekali lagi bertanding di parlimen Permatang Pauh melawan Dato Seri Anwar Ibrahim? Sahabat karib ayahanda semasa di dalam ABIM dan pernah bersama beliau berkampung di Kelantan bagi membantu jentera PAS dalam plihanraya umum tahun 1970an. Masih ingatkah ayahanda?

Ayahanda kekal istiqamah walaupun berdepan siri kekalahan dalam pilihanraya sebelum diberikan kemenangan secara bermaruah dalam pilihanraya tahun 1990 dan 1995. Anakanda tersangat salute dengan pengorbanan ayahanda menghadapi segala mehnah dan tribulasi. Namun apa dah jadi sekarang ayahanda?

Anakanda menagih lantangan suara ayahanda tatkala menjadi suara emas mempertahankan hudud yang ingin dilaksanakan di Kelantan. Saat berada di parlimen, ayahanda bangun dengan tegasnya mempersoalkan kepada Tun Mahathir dengan menyatakan: “Kenapa Kelantan tidak boleh laksanakan hudud? Adakah sebab kuantiti? Sedangkan di Madinah dahulu ketika dilaksanakan hudud, yang beragama Islam hanyalah 30%.” Ketegasan ayahanda membuatkan Tun Mahathir diam dan tidak mampu menjawab. Ayahanda! Mana suara keramat ayahanda saat itu? Kenapa tidak diaplikasikan saat berhadapan ex rakan pakatan?

Ketika ayahanda berucap pabila menjadi YB Ahli Parlimen Nilam Puri, ayahanda melaungkan suara keramat ayahanda menegaskan bahawa, perjuangan kita atas dasar parti dan bukan individu. Masa itu ayahanda memberikan contoh Dato’ Asri pada asalnya adalah Yang Pertua PAS, namun bila meninggalkan perjuangan ini, beliau tidak dikenang langsung oleh rakyat Kelantan malah akhirnya berhijrah ke Kedah walaupun asal daripada Kelantan. Berbeza dengan Profesor Zulkifli, asalnya daripada Perak dan pejuangan beliau berakhir apabila meninggal dunia dalam tragedi kemalangan jalan raya belum sempat mengangkat sumpah menjadi ahli parlimen Bachok. Sehingga kini, Prof. Zulkifli dikenang sebagai pejuang PAS malah dinamakan dewan pejabat PAS Kota Bharu sebagai Dewan Profesor Zulkifli Muhammad. Mash ingat lagikah ayahanda?

Ayahandaku yang dihormati, masih ingatkah lagi bila ayahanda membacakan surat amanat yang ditulis oleh Arwah Ustaz Amaluddin Darus saat melihat pimpinan PAS mula tidak thabat dalam perjuangan. Salah satu isi penting yang dibacakan oleh ayahanda di hadapan rakyat Kelantan iaitu “Pucuk pimpinan PAS perlu jaga dasar parti walaupun ke mana kita pergi dan ke mana kita bergerak.” Dimanakah suara ayahanda semasa menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS? Adakah ayahanda mempertahankan dasar parti saat dirobek oleh ex rakan pakatan? Jawab ayahandaku.

Maafkan anakanda kerana bertubi-tubi bertanyakan kembali soalan ini. Anakanda ingin merungkai kembali semua kata kalimat ayahanda suatu ketika dahulu. Mungkin tiada yang ingat namun peringatan ini kerna anakanda sangat sayangkan ayahanda dan bahtera ini. Untuk yang terakhir, anakanda hamparkan kembali kalimat berbisa ayahanda saat itu yang berbunyi:

“Tuan-tuan suka kepada PAS, suka kepada saya sebagai Wakil Rakyat, suka kepada Semangat 46, suka kepada Angkatan, maka sebab itulah tuan-tuan memilih saya sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan Nilam Puri. Tetapi sekiranya saya tidak kena pada suatu hari nanti, maka janganlah saya dihantar baik ke Pulau Pinang. Sebalikya, saya harap tuan-tuan buangkan saya saja ke Laut China Selatan.”

Kata-kata ini anakanda cuba mengertinya secara mendalam. Oleh kerana anakanda ada mempelajari Usul Fiqh, kalimah “tidak kena pada suatu hari nanti” adalah lafaz umum dan pasti akan berterusan sehingga datang dalil lain yang menafikannya. Maka lafaz ini terpakai sehingga ke hari ini. Mohon ayahanda bersiap sedia dengan kata-kata ayahanda sendiri.

Ayahanda Tuan Haji Muhammad Sabu yang dikasihi. Anakanda tahu bahawa ayahanda sekarang sudah pun jauh menyeberangi dan meninggalkan bahtera ini. Bahtera yang sarat dengan hulubalang-hulubalang beraneka citrawarna. Saat kita sudah sampai ke puncak setelah jauh mengembara plus berbicara dengan arus ombak yang deras, ayahanda sudah persiapkan bahtera baru. Sedih dan cukup menyedihkan, tiada lagi kasih dan tiada lagi sayang kerna kasih dan sayang anakanda atas dasar perjuangan parti dan bukan individu. Lantas terimalah warkah cinta bersulam duka buat ayahanda Tuan Haji Muhammad Sabu.

Ahmad Syakir Bin Mohd Nassuruddin
Pewaris Pejuang PAS Kelantan
-detikdaily-

4 ulasan:

oranqtua berkata...

Sdr Syakir, jgn buat buat lupa pula yg abg mat sabu telah dikalahkan secara jijik oleh gerombolan berketayap putih tapi mempunyai hati yg kotor....

Tanpa Nama berkata...

pas dah jadi tong taik. pemimpin dah jadi ulamak jahat. gunung botak di kelantan semasa pemerintahan pas. siapa yang rembat balak? dah tentu bukan dap.

lihat saja pemimpin pas sekarang. dah pandai berkereta mewah. no plet pun canggih.

pas skrg bukan pas zaman almarhum TGNA dan sebelumnya. pas sudah tidak amalkan Islam. kempen pemilihan yang kotor dan penuh kata2 nista adalah bukti pas sudah jadi munafiq.

knp hingga sekarang tiada tindakan dikenakan keatas mereka2 ini? ini bermakna mereka mendapat perkenan pemimpin tertinggi.

mengenai hudud, sila tonton video dari ketua ulama sedunia syeikh Qardhawi.

lim kit siang ada berkata dia pernah ke Jordan, mesir dan berdialog dgn pelajar2 agama disana. di Jordan 99% adalah Islam, tapi tiada hudud. di mesir yg 95% Islam, tiada hudud. knp dimalaysia yg Islam hanya 55% sibuk hendak hudud? adakah Malaysia lebih islam dari tempat org Malaysia pergi belajar Islam?

sila perhatikan, knp setelah muktamar dan menang besar, hadi tak riuh pasal hudud lagi? bila ada ruang utk bentang diparlimen, dia cabut pergi jepun kena mi. hudud hanyalah mainan hadi utk raih sokongan. padahal tak ada satu hudud Allah pun dlm ruu itu. begitulah penipunya hadi...

dlm dunia ni tidak semua ulamak baik. ada ulama jahat. yg kelakarnya bila ulama tak fasih ckp arab...

Penegak keadilan berkata...

Saudara syakir xtahu atau sj bt xtahu...kan baru2 ni glngan profesional di kalahkn melalui undi muktamar yg sah2 ada komplok jahat..glngan inilh yg membwa hala tuju PAS...merngka strategi pilihanraya dgsbnya...harapkn ulamak...ada siku dgn lutut tpi skrg diam membisu...xpnh susah..xpnh pun masuk lokap mcm Mat sabu yg 4,5 kali kluar masuk lokap akta ISA..demi perjuangan dlm parti..skrg mudah sj di tendang...saudara sibuk bertanya peranan mat sabu...tanyala presiden anda knapa buang glngn profesional...presiden anda pnh ka msuk lokap demi prjuangan parti...pesanan utk saudara syakir...sila bt kajian yg lbh mndlm sblum dgn sinisnya menyoal.

Penegak keadilan berkata...

Ketayap putih dh penuhi amanat UMNO yg berpksikan Najib agar pch blahkn PAKATAN..RUU hudud yg dbntgkn di kelantan dan disokong adun umno hnyalah WAYANG. Semua itu idea najib dgn kerjsama Hadi, perosak parti...bila di parlimen khalid samat yg bertnyakn ttg Ruu kpd speaker pandikar amin....ke mna prginya Tantawi...jawapan speaker ŔUU akn dibncgkn dlm hal hal lain..agenda terakhir. Pelik bin ajaib Hadi dan pemimpin Pas lain membisu sj.knapa najib xsebut ttg hudud yg diminta Pas.Sdah terng lagi bersuluh Pas di bwh Hadi bkjasama dgn najib utk hancurkn pakatan.. Hadi terhutg budi dgn najib yg melngsaikan sgla perblnjaan hospital smasa Hadi terlntar sakit.. Sah Hadi punca segala yg telah berlaku di dlm parti Pas. HADI xlayak menerajui Pas sebaik akmarhum Ustaz fadzil nor serta tuan guru Nink Aziz..Akhir kalam..wahai penyokong2 Pas sedarlah anda ditipu oleh presiden anda sendiri..tepuk dada tanya akal.