"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tangga berjalan sendiri? (videdo)

FMT Reporters 
tangga_600
PETALING JAYA: Seorang kakitangan TNB di Stesyen Janakuasa Manjung dikatakan berjaya merakam kejadian pelik apabila tangga yang bergerak sendirian.

Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 2 petang, bebeberapa hari lalu.

Dalam rakaman itu ia menunjukkan tangga itu seperti diheret ke arah depan di sebuah laluan pejalan kaki di premis berkenaan.

Ia kemudian dimuat naik dan dikongsi di laman Facebook Friends of PDRM.

“Rakaman pukul 2ptg tdi d janakuasa TNB Manjung oleh pkerja TNB. Rakaman d bhentikn kerana mereka ktakutan,” tulis status yang dimuat naik.

Bagaimanapun salah seorang pemilik akaun Facebook menafikan kejadian itu berlaku di stesyen janakuasa berkenaan.

“Maaf smua kejadian ni bkan d tnb..ni ibarat lmbu punya susu..sapi dpt nama. Dr staf tnb.sapa yg msuk n tulis gambar ni..agak2 la nak menipu, “tulis Rai Sha.
Saksikan video

Tiada ulasan: