"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sila keluar PAS jika tidak yakin dengan parti - Nik Abduh

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata tindakan keluar parti juga merupakan jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut yang sedang melanda PAS ketika ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Ogos, 2015.Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata tindakan keluar parti juga merupakan jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut yang sedang melanda PAS ketika ini.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini dengan lantang mengkritik beberapa pemimpin parti yang sudah tawar hati dan tidak yakin dengan pucuk pimpinan untuk meninggalkan parti berkenaan.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata tindakan keluar parti juga merupakan jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut yang sedang melanda PAS ketika ini.

Malah, katanya pemimpin terbabit tidak akan memperoleh ganjaran pahala sekiranya masih berada di dalam parti tetapi gagal melaksanakan amanah dengan baik.

"Ramai bertanya saya, bagaimana isu dalaman PAS akan cepat berakhir. Saya jawab apabila 'penyakit' itu (pemimpin PAS) keluar dengan sendiri tanpa perlu 'dibedah buang'," katanya dalam laman Facebooknya hari ini.

Beliau berkata pemimpin yang tidak berpuas hati dengan parti dan cuba merosakkan parti dari dalam adalah satu tindakan yang tidak beramanah dan tidak bertanggungjawab.

"Tiada juga pahala lagi buat anda jika kekal dalam PAS dengan terus memegang jawatan dalam parti yang diamanahkan oleh setiap anggota (parti) tetapi tidak mampu melaksanakan program dan arahan parti.

"Dan jika laksanapun, anda laksanakan untuk tujuan sebaliknya, mempromosikan gerakan lain dan menghodohkan (memburukkan) wajah PAS. Bagaimana nak dapat pahala, pahala mudah saja, laksanakan amanah. Dosa pun mudah, khianati amanah," katanya.

PAS kini berada dalam kemelut apabila sekumpulan bekas pemimpin itu yang tidak dipilih ketika Muktamar Tahunan PAS ke-61 baru-baru ini bertindak menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Harapan Baru bagi menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang baharu yang akan dibentuk.

Nik Abduh yang juga anak kepada bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menasihatkan anggota parti itu agar patuh kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Jika kita sudah hilang kepercayaan, tak boleh lagi dengar dan tak boleh lagi patuh, maka kita kena letak jawatan," katanya.
-malaysianinsider-

1 ulasan:

Unknown berkata...

Nik abduh jng sombong sangat. Anda menang di pasir mas atas ikhsan pengundi yang "malu mata" kpd arwah tok guru. Anda ada amanah dan tanggungjawab di pasir mas. Jangan banyak bpolitik. Rakyat kelantan di hulu sana msh mendiami di khemah2. Dan .... rakyat kelantan juga teruja unt mengetahui kisah sebenar surat husam kpd exco hj hanifa.