"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

4 wanita dibogel, dipukul, dibakar (video)

Kejam-wanita
Papua New Guinea: Sebuah rakaman video tersebar di media sosial menunjukkan empat wanita diseksa sekumpulan lelaki yang menuduh mereka mengamalkan ilmu sihir.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah kampung di Papua New Guinea, di mana keganasan dan pembunuhan yang berkaitan dengan ilmu sihir masih rancak dilakukan.

Dalam video terbabit, keempat-empat wanita berkenaan dibogel, diikat, dibakar dan dipukul. Ia juga menunjukkan mereka diancam menggunakan parang sambil disoal sekumpulan lelaki terbabit.

Menurut sumber, empat wanita itu dituduh melakukan sihir selepas seorang lelaki jatuh sakit di sebuah kampung di daerah Enga, Ogos lalu.

Penduduk kampung mendakwa mereka mengeluarkan hati lelaki yang sakit itu secara batin menggunakan sihir.

Bagaimanapun, mereka berulang kali menafikan tuduhan itu dengan seorang wanita merayu kepada penyerangnya: “Anakku, hentikannya!”

Lelaki itu kemudian menjawab: “Beritahu cepat di mana kamu menyimpannya? Bakar dia guna wayar itu!”

Sementara itu seorang lagi wanita berkata: “Saya tidak ada kena mengena dengan semua ini.”

Dan seorang lagi berkata: “Saya ibu kepada lima anak.”

Kumpulan penyerang itu kemudian mendakwa empat wanita itu memulangkan hati lelaki terbabit selepas diseksa, sekali gus menunjukkan mereka ‘bersalah’, menurut laporan media sosial.

Dipercayai sekurang-kurangnya seorang wanita maut selepas penyeksaan itu.

Bagaimanapun, ia masih belum dapat disahkan lagi.

-kualalumpurpost-

Tiada ulasan: